Airbnb buang sebahagian pekerja sumber manusia

BENGALURU: Firma sewaan rumah, Airbnb Inc memberhentikan sebahagian kakitangan sumber manusia minggu ini, kata seorang jurucakap syarikat Jumaat lalu, sambil menegaskan ia bukan petunjuk pemberhentian lebih ramai pekerja.

Keputusan itu, yang mula dilaporkan oleh Bloomberg News, memberi kesan kepada kurang 0.4 peratus jumlah pekerja syarikat itu kira-kira 6,800 orang, kata jurucakap berkenaan.

“Kami menjadi syarikat yang lebih fokus dan kecil sejak tiga tahun lalu,” kata jurucakap Airbnb dalam satu kenyataan, sambil menambah syarikat menjangkakan untuk menambah pekerja tahun ini.

Syarikat itu pada Februari lalu berkata, ia menjangkakan pertumbuhan jumlah pekerja antara dua hingga empat peratus pada 2023, berbanding 11 peratus tahun lalu.

Pada 2020, di tengah-tengah pandemik COVID-19, Airbnb memberhentikan 25 peratus daripada pekerja, atau hampir 1,900 orang, selepas perniagaannya terjejas teruk apabila perjalanan global dihentikan. – Reuters

Sequeira

Related Posts

Pasaran Saham Indonesia Menjunam Lebih AS$80 Bilion, CEO Bursa Letak Jawatan

SINGAPURA/JAKARTA: Pasaran saham Indonesia berdepan salah satu episod kejatuhan paling buruk dalam beberapa tahun apabila nilai pasaran merosot lebih AS$80 bilion, perkembangan yang akhirnya membawa kepada peletakan jawatan Ketua Pegawai…

China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

BENGALURU, 17 Jan — Rantaian bekalan global Nvidia berdepan gangguan baharu apabila pembekal komponen cip kecerdasan buatan (AI) H200 dilaporkan menghentikan sementara pengeluaran, susulan tindakan pihak kastam China menyekat kemasukan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar