Virgin Orbit perlu pembiayaan tambahan, operasi dihentikan sementara waktu

HAMPIR kesemua kakitangan syarikat roket, Virgin Orbit, diarahkan menghentikan operasinya sehingga sekurang-kurangnya minggu hadapan.

Memetik laporan CNN, syarikat yang diasaskan oleh jutawan Britain, Richard Branson itu memaklumkan pemberhentian sementara operasi itu bagi mendapatkan pembiayaan tambahan.

Menurut laporan itu, perkara tersebut dimaklumkan semasa pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Virgin Orbit, Dan Hart pada petang Rabu dengan arahan terbaharu untuk menantikan kemas kini daripada barisan kepimpinan minggu hadapan.

“Virgin Orbit sedang memulakan pemberhentian sementara operasi seluruh syarikat, berkuat kuasa 16 Mac 2023, dan menjangkakan kemas kini mengenai operasi ke hadapan dalam beberapa minggu akan datang,” kata syarikat itu.

Laporan tersebut turut menyebut, berdasarkan sumber dalaman, sebahagian besar pekerja kecuali kakitangan daripada sektor penting seperti pengawal keselamatan tidak akan dibayar gaji atau tidak perlu datang kerja minggu hadapan.

Setakat ini, walaupun tiada perjanjian untuk pembiayaan tambahan telah dipersetujui, namun difahamkan syarikat itu sedang berbincang untuk mendapatkan bantuan kewangan tambahan.

Untuk rekod, Virgin Orbit diasakan pada 2017 selepas beralih daripada syarikat induk, Virgin Galactic, yang memfokuskan kepada penggunaan pesawat supersonik untuk membawa pelancong ke ruang angkasa.

Virgin Orbit pula membangunkan roket yang dilancarkan ke udara untuk mengangkut satelit kecil ke orbit, yang digelar LauncherOne.

Namun pada Januari lalu, roket LauncherOne, yang dilancarkan sebagai sebahagian daripada misi roket pertama United Kingdom (UK), menghadapi ‘anomali’ yang menghalangnya daripada mencapai orbit.

Anamoli bermaksud penyimpangan daripada peraturan (jenis atau bentuk) yang biasa. Secara ringkasnya, misi tersebut disifatkan sebagai gagal.

Goncalves

Related Posts

Pasaran Saham Indonesia Menjunam Lebih AS$80 Bilion, CEO Bursa Letak Jawatan

SINGAPURA/JAKARTA: Pasaran saham Indonesia berdepan salah satu episod kejatuhan paling buruk dalam beberapa tahun apabila nilai pasaran merosot lebih AS$80 bilion, perkembangan yang akhirnya membawa kepada peletakan jawatan Ketua Pegawai…

China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

BENGALURU, 17 Jan — Rantaian bekalan global Nvidia berdepan gangguan baharu apabila pembekal komponen cip kecerdasan buatan (AI) H200 dilaporkan menghentikan sementara pengeluaran, susulan tindakan pihak kastam China menyekat kemasukan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar