CBP bantu pelanggan bermasalah bayar balik pinjaman

KUALA LUMPUR: Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Bhd (CBP) menawarkan kempen PULIH, iaitu penjadualan semula pembayaran ansuran pinjaman pelanggannya yang menghadapi masalah kewangan sewaktu ketidaktentuan ekonomi ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Annuar, berkata matlamat PULIH adalah untuk membantu pelanggan menguasai situasi kewangan dan merangka pelan pembayaran semula pembiayaan secara peribadi melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan pelanggan CBP.

“Menerusi kempen ini, pelanggan yang memohon cuma perlu membayar 50 peratus daripada ansuran asal selama dua tahun. Kempen ini bermula dari 22 Mac 2023 sehingga 29 Jun 2023.

“Program PULIH ini menyasarkan pelanggan yang mengalami masalah atau kekangan kewangan iaitu pendapatan telah berkurangan sebanyak 25 peratus daripada gaji asal dan gagal untuk meneruskan pembayaran ansuran bulanan semasa,” katanya dalam sidang media selepas majlis berbuka puasa dan pelancaran projek FIRST di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Beliau berkata, ini adalah satu langkah proaktif CBP dalam membantu pelanggan-pelanggan yang terkesan yang secara tidak langsung dapat membantu CBP memulihkan pembiayaan tidak berbayar (NPL).

“Kami jangkakan seramai 10 hingga 20 peratus daripada lebih 200,000 pelanggan sedia ada kami akan menggunakan khidmat terbabit.

“Pelanggan CBP yang ingin menyertai kempen ini boleh memohon menerusi emel ke Jabatan Kawalan dan Pemulihan di [email protected] atau hadir ke mana-mana cawangan CBP,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

    KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    • February 14, 2026
    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    • February 14, 2026
    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    • February 8, 2026
    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

    • February 2, 2026
    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar