Mahkamah tolak permohonan Najib semak kes SRC

  • News
  • March 31, 2023

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan yang mengekalkan sabitan serta hukuman kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dikenakan terhadapnya.

Prosiding itu didengar oleh lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abdul Rahman Sebli bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang serta Datuk Nordin Hassan termasuk Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.

Keputusan itu dibuat dengan majoriti 4-1 iaitu Vernon Ong, Rhodzariah, Nordin dan Abu Bakar menyokong untuk menolak rayuan Najib kerana tidak bermerit.

Sementara, Abdul Rahman menentang keputusan tersebut kerana berpandangan sebaliknya.

Keputusan itu bermakna bekas Ahli Parlimen Pekan itu kekal dengan hukuman 12 tahun penjara dan pilihan terakhir beliau untuk dibebaskan adalah melalui pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

Difahamkan, Najib sudah memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan pada 2 September 2022.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    • News
    • July 18, 2025
    Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

    KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    • February 14, 2026
    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    • February 14, 2026
    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    • February 8, 2026
    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

    • February 2, 2026
    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar