Selangor optimis sumbang KDNK Malaysia 30%

SEPANG: Kerajaan Selangor yakin mampu meningkatkan sumbangan untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kepada 30% bagi tempoh 2025 hingga 2026.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata sasaran itu didorong oleh projek seperti Pembangunan Serantau Bersepadu Selatan Selangor (IDRISS) serta Taman Perindustrian Pintar NCT (NCT).

“Berdasarkan kemajuan semasa negeri, Selangor telah menyumbang kenaikan tahunan sebanyak 0.2% hingga 0.5%. Peningkatan ini tanpa mengambil kira apa-apa inisiatif pembangunan ekonomi seperti IDRISS.

“Pada 2021, Selangor telah menyumbang 24.8% kepada KDNK negara. Saban tahun sumbangan ini terus meningkat.

“Projek baharu yang menarik seperti IDRISS misalnya, kami yakin ia mampu menyumbang antara satu hingga 1.2% kepada KDNK dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang,” katanya pada sidang media selepas majlis pecah tanah Taman Perindustrian Pintar NCT (NSIP) di sini, hari ini..

NSIP adalah projek Taman Perindustrian Terurus (MIP) pertama Selangor dalam IDRISS.

NSIP adalah taman perindustrian yang dibangunkan oleh NCT Group of Companies (NCT Group) membabitkan keluasan keseluruhan 296.43 hektar dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM10 bilion.

Projek yang dibangunkan menerusi tiga fasa itu dijangka menampilkan infrastruktur termaju, kecerdasan buatan (AI), teknologi internet kebendaan (IoT), analisis data terkini dan pelbagai kemajuan terkini lain dalam pendigitalan serta automasi dengan pembangunan keseluruhan 10 tahun.

Fasa pertama berkeluasan 93.08 haktar daripada tiga fasa pembangunan taman perindustrian itu akan terdiri daripada 101 unit dan 27 plot yang menampilkan kilang semi-D, kilang berkembar, kilang berkembar pautan dan plot perindustrian sehingga 20.23 hektar dengan anggaran GDV RM2 bilion dijangka siap menjelang suku keempat 2025.

Amirudin berkata, dengan suntikan projek seperti NCT Group dan IDRISS, ia dijangka bakal merangsang lebih banyak aktiviti ekonomi.

“Kami yakin dapat merangsang lebih banyak aktiviti ekonomi. Oleh itu, pertumbuhan Selangor akan meningkat dan sumbangan kami kepada KDNK negara juga akan meningkat,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    BNM Lantik Dato’ Zabariah Mohd Yusof sebagai Ahli Majlis Penasihat Syariah Baharu

    KUALA LUMPUR, 30 Jan 2026 — Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Zabariah Mohd Yusof sebagai ahli baharu Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (SAC) bagi tempoh dua tahun, berkuat…

    ShopeePay Lancar Money+, Pelaburan Serendah RM10 Dengan Pulangan Harian

    KUALA LUMPUR — ShopeePay terus memperkukuh ekosistem kewangan digitalnya menerusi pelancaran Money+, satu ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan modal serendah RM10 sambil menikmati potensi pulangan harian.…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    • February 14, 2026
    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    • February 14, 2026
    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    • February 8, 2026
    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

    • February 2, 2026
    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar