AirAsia tawar diskaun tambang 20% sempena meraikan pelancaran tiga laluan baharu ke China

KUALA LUMPUR: Air Asia menawarkan diskaun 20% sempena meraikan pelancaran tiga laluan baharu iaitu dari Kuala Lumpur ke wilayah selatan China, untuk semua tempat duduk pada semua penerbangan merentasi 130 destinasinya termasuk semua penerbangan ke/dari China.

Air Asia dalam satu kenyataan berkata, tawaran hebat ini turut tersedia untuk penerbangan ke/dari Malaysia, China, Australia, Indochina, India, Korea Selatan, Jepun dan banyak lagi.

Menurutnya, promosi ini tersedia untuk tempahan bermula hari ini sehingga 21 Mei 2023 untuk tempoh perjalanan antara 1 Jun dan 14 Disember 2023.

“Perkhidmatan baharu ke Quanzhou dan Guilin yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia dan ke Chengdu (Tianfu) yang dikendalikan oleh AirAsia X Malaysia kini termasuk dalam rangkaian luas sebanyak 15 laluan dengan lebih 129 penerbangan mingguan antara China dan Malaysia.

“Penerbangan ke/dari Quanzhou akan bermula semula dua kali seminggu dan mula beroperasi pada 18 Jun 2023,” katanya.

Manakala, penerbangan ke/dari Guilin akan bermula semula tiga kali seminggu pada 18 Julai 2023 dan penerbangan ke/dari Chengdu (Tianfu) akan bermula dua sekali seminggu pada 1 Julai 2023 dan meningkat kepada tiga kali seminggu mulai 4 Julai 2023.

Baru-baru ini, AirAsia Malaysia turut menyambung semula perkhidmatan harian dari Kota Kinabalu ke Wuhan, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai syarikat penerbangan Malaysia dengan sambungan dan kapasiti terbesar di China.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata berikutan pembukaan sempadan negara China baru-baru ini kepada dunia dan permintaan yang kukuh, syarikat berbesar hati untuk meneruskan pengembangan pesat ke China.

“Kami juga berbangga untuk menghubungkan berjuta-juta tetamu bukan sahaja ke destinasi utama tetapi juga ke bandar-bandar kedua yang kurang mendapat perkhidmatan dan melancarkan laluan unik seperti Quanzhou dan Guilin.

“China kekal sebagai pasaran utama untuk pertumbuhan masa depan dan kami akan terus mengkaji beberapa laluan berpotensi lain di China yang akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benjamin Ismail, pula berkata China sentiasa menjadi salah satu destinasi teras untuk perjalanan udara jarak sederhana.

“Laluan terbaharu kami ke Chengdu (Tianfu) akan menjadi asas kepada lebih banyak penerbangan AirAsia X ke China dalam masa terdekat, yang akan meningkatkan rangkaian Asia Utara dengan ketara.

“Dalam pada sempadan China dibuka dengan pantas, kami akan melancarkan lebih banyak penerbangan ke/dari negara itu serta meningkatkan kekerapan pada laluan paling popular dan menguntungkan dalam rangkaian bagi jangka masa pendek hingga sederhana,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    • February 14, 2026
    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    • February 14, 2026
    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    • February 8, 2026
    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

    • February 2, 2026
    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar