Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini walaupun terdapat kenaikan di Wall Street semalaman kerana pelabur masih mengambil sikap berhati-hati menjelang pengumuman data inflasi di Amerika Syarikat dan mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS (Fed) pada minggu depan.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.33 mata kepada 1,381.84 daripada 1,383.17 pada penutup Selasa.

Indeks utama dibuka pada paras 1,382.0, turun 1.17 mata.

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 134 berbalas 114, manakala 213 kaunter tidak berubah, 1,783 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 149.63 juta unit bernilai RM58.56 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, Wall Street ditutup agak kukuh semalaman dengan kesemua tiga indeks utama kini berlegar pada paras tertinggi sembilan bulan.

“Bagaimanapun, kami berpendapat dagangan di bursa tempatan akan lemah kerana sentimen masih berhati-hati di tengah-tengah senario politik semasa,” katanya kepada Bernama sambil menambah indeks utama dijangka berlegar dalam julat antara 1,380 dan 1,390 hari ini.

Beliau berkata pelabur mungkin memberi tumpuan kepada saham perbankan berikutan beberapa keputusan kukuh bagi suku pertama 2023 manakala indeks kewangan kini didagangkan pada paras terendah enam bulan.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Public Bank menambah dua sen kepada RM8.60 dan RM3.83, Tenaga Nasional turun satu sen menjadi RM9.29, Petronas Chemicals lebih rendah 10 sen untuk mencatatkan harga RM6.42 dan CIMB lemah dua sen kepada RM4.86.

Bagi saham aktif, Classita menambah setengah sen kepada 13.5 sen, Revenue Group mengembang dua sen kepada to 31 sen manakala Meta Bright berkurangan setengah sen kepada 17 sen dan Leform tidak berubah pada 22 sen.

Di papan indeks, Indeks FBMT 100 merosot 6.48 mata kepada 9,888.84, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 16.71 mata kepada 10,564.52 dan Indeks FBM ACE turun 5.20 mata kepada 5,034.21.

Indeks FBM Emas berkurangan 6.06 mata kepada 10,190.73 dan Indeks FBM 70 naik 3.77 mata kepada 13,479.79.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.18 mata kepada 159.60 dan Indeks Perladangan turun 7.39 mata kepada 6,704.04.

Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 17.79 mata kepada 15,109.58 dan Indeks Tenaga meningkat 0.03 mata kepada 790.46.

  • Coelho

    Related Posts

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

    RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

    KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    • February 14, 2026
    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    • February 14, 2026
    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    • February 8, 2026
    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

    • February 2, 2026
    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar