Serbuan Israel mengorbankan 5 rakyat Palestin

Baitulmaqdis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serbuan dan tembakan dari helikopter tentera Israel di Tebing Barat, semalam.

Lapan anggota keselamatan Israel turut cedera dalam serbuan itu.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, lima terbunuh dan sekurang-kurangnya 91 yang lain cedera dalam insiden itu.

Mereka yang dikenal pasti maut ialah Ahmed Saqer, 15; Khaled Assassa, 21; Qais Jabareen, 21; Ahmad Daraghmeh, 19; dan Qassam Abu Saria, 29.

Antara yang cedera ialah wartawan Palestin, Hazem Nasser, yang dimasukkan ke hospital dengan kesan tembakan.

Bunyi tembakan kedengaran di seluruh Jenin ketika rakyat Palestin yang cedera dibawa dengan ambulans ke Hospital Ibn Sina di utara Tebing Barat.

Orang ramai, antaranya lelaki bersenjata Palestin, berkumpul di luar hospital kerajaan di Jenin untuk pengebumian mereka yang terbunuh dalam pertempuran 11 jam itu.

Timbalan Gabenor Jenin, Kamal Abu al-Rub berkata, tentera Israel melancarkan serbuan itu kira-kira 4 pagi.

“Tentera menyerbu kem pelarian Jenin dan bandar selepas jemaah beramai-ramai solat Subuh. Berlaku tembakan yang sangat hebat,” katanya.

Penduduk kem pelarian Jenin, Bassem Talib, 38, berkata, dia terjaga apabila mendengar bunyi tembakan pada 4.15 pagi.

“Tentera menyasarkan apa sahaja yang bergerak… tidak ada keselamatan,” katanya.

Goncalves

Related Posts

Pasaran Saham Indonesia Menjunam Lebih AS$80 Bilion, CEO Bursa Letak Jawatan

SINGAPURA/JAKARTA: Pasaran saham Indonesia berdepan salah satu episod kejatuhan paling buruk dalam beberapa tahun apabila nilai pasaran merosot lebih AS$80 bilion, perkembangan yang akhirnya membawa kepada peletakan jawatan Ketua Pegawai…

China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

BENGALURU, 17 Jan — Rantaian bekalan global Nvidia berdepan gangguan baharu apabila pembekal komponen cip kecerdasan buatan (AI) H200 dilaporkan menghentikan sementara pengeluaran, susulan tindakan pihak kastam China menyekat kemasukan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar