Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS pada sesei pembukaan dagangan

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus meningkat dan dibuka tinggi pagi ini di tengah-tengah perkembangan positif dalam pasaran pertukaran asing Asia.

Selera risiko bertambah baik selepas bank-bank pusat Malaysia dan China bergerak untuk menghentikan kemerosotan mata wang masing-masing, kata peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan menambah nilai kepada 4.6570/6625 berbanding dolar AS daripada 4.6640/6685 pada penutup Selasa.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, People’s Bank of China (PBOC) telah menetapkan yuan lebih tinggi berbanding jangkaan dan ini telah memberi kesan kepada mata wang AS.

Perbincangan mengenai PBOC menjual dolar AS di pasaran terbuka untuk menyokong yuan China turut membantu menstabilkan ringgit, katanya.

Sementara itu, peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar AS susut sebanyak 0.17 peratus berbanding ringgit semalam dan pergerakan menurun itu datang sebagai reaksi semula jadi selepas bergerak naik secara meluas sejak 14 April.

“Dari sudut teknikal, dolar AS berada dalam zon terlebih beli berbanding ringgit, dengan bacaan 73.12 pada penunjuk Indeks Kekuatan Relatif (RSI). Bacaan melepasi 70 cenderung menunjukkan kelesuan kuasa beli.

“Memandangkan harga berjaya menembusi bawah paras rendah semalam, besar kemungkinan dolar AS akan turun ke paras 4.6000 dan 4.5250 dalam beberapa hari,” tambahnya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding euro pada 5.1013/1073 daripada 5.1043/1092 semalam (Selasa) dan meningkat berbanding yen Jepun menjadi 3.2367/2408 daripada 3.2425/2458 tetapi turun berbanding pound Britain kepada 5.9344/9414 daripada 5.9326/9383 sebelumnya.

Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding mata wang Asean yang lain.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4512/4558 berbanding 3.4553/4592 pada penutup Selasa dan lebih tinggi berbanding baht Thai pada 13.1777/1989 daripada 13.2155/2342 semalam.

Ringgit menambah nilai berbanding rupiah Indonesia kepada 310.5/311.1 daripada 311.0/311.5 tetapi lemah menjadi 8.45/8.46 berbanding peso Filipina pada 8.43/8.44 semalam.

Goncalves

Related Posts

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar