PM Anwar bertemu pemimpin industri, penggiat pasaran modal di New YorkPM Anwar

  • News
  • September 21, 2023

NEW YORK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan usaha giat kerajaan untuk menarik pelabur global dengan mengadakan pertemuan dengan pemimpin industri dan penggiat pasaran global pada hari keduanya di New York.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadualkan menyertai perbincangan meja bulat dengan syarikat Fortune 500 di Harvard Club, New York pada pagi Khamis.

Program ini dianjurkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Perdana Menteri kemudiannya akan berucap pada acara Invest Malaysia New York yang dianjurkan oleh Bursa Malaysia.

Dalam kedua-dua program berprofil tinggi ini, Anwar dijadualkan mengadakan pertemuan dengan usahawan dan pelabur baharu yang berpotensi dari Amerika Syarikat.

Bagi separuh pertama tahun ini, Malaysia menarik pelaburan diluluskan sebanyak RM132.6 bilion dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan utama, melibatkan 2,651 projek yang dijangka mewujudkan 51,853 pekerjaan di negara ini.

Pada petang Khamis, Perdana Menteri juga dijadualkan menghadiri sesi perbincangan dengan Ahli Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR), sebuah badan pemikir dan penerbit bebas bukan partisan, yang menggalakkan pemahaman dari segi hubungan antarabangsa dan dasar luar negara.

Anwar yang kini berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 akan turut bertemu Perdana Menteri Thailand yang baru dilantik Srettha Thavisin.

Pada hari sama, beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia’ Al Sudani. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar