CEO baharu DNB diumum selepas perjanjian dimuktamad

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Digital Nasional Bhd (DNB) baharu dijangka diumumkan selepas perjanjian langganan saham dimuktamadkan, kata Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi dan Digital berkata permeteraian perjanjian itu dijangka dimuktamadkan pada minggu depan.

Beliau berkata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha Komunikasi dan Digital Datuk Mohamad Fauzi Md Isa yang mempengerusikan bersama mesyuarat pasukan petugas 5G akan meneliti aspek akhir sebelum pemeteraian itu dilaksanakan.

“Saya telah memaklumkan kepada semua CEO pengendali rangkaian mudah alih (MNO) tentang memuktamadkan pemeteraian perjanjian langganan saham dan diharapkan minggu depan jika semuanya berjalan lancar.

“Kami juga akan memaklumkan kepada media bila pemeteraian itu akan dilaksanakan selepas semua MNO yang mengambil bahagian dalam mesyuarat itu telah mengambil ekuiti mereka…mungkin sama ada semasa atau selepas menandatangani (kami akan mengumumkan CEO), mudah-mudahan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Malaysia Digital Expo (MDX 2023), di sini hari ini.

Fahmi sebelum ini dilaporkan berkata semua syarikat telekomunikasi telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian akses untuk menyediakan perkhidmatan 5G tetapi soal pemilikan saham dalam DNB belum diumumkan.

Pada 21 Julai, Fahmi berkata CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia (TM), U Mobile dan YTL Communications akan memuktamadkan perbincangan mengenai pegangan ekuiti dalam DNB tidak lama lagi.

Ini akan terus menyokong pembangunan rangkaian 5G sehingga liputan mencapai 80 peratus kawasan berpenduduk pada akhir tahun ini.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar