Saham SSF Home mula diniagakan di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: SSF Home Group Bhd, peruncit perabot rumah dan produk kediaman yang mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini dibuka tidak berubah pada harga terbitan tawaran awam permulaan (IPO) iaitu 25 sen.

Pada loceng pembukaan hari ini, kaunter itu menyaksikan 15.19 juta saham bertukar tangan.

Sebaik disenaraikan, SSF Home akan mempunyai permodalan pasaran kira-kira RM200 juta berdasarkan harga terbitan 25 sen sesaham dan modal saham yang diperbesarkan sebanyak 800 juta saham.

SSF Home telah menjana sejumlah RM50 juta daripada IPO berkenaan, yang mana RM35.19 juta akan digunakan untuk mewujudkan kedai runcit baharu manakala bakinya diperuntukkan untuk pembayaran balik pinjaman bank, aktiviti pemasaran, modal kerja am dan pembayaran perbelanjaan penyenaraian.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif SSF Home, Wong Choong Loong, berkata dengan modal yang diperoleh melalui IPO, kumpulan itu kini bersedia untuk melaksanakan strategi pengembangan, yang akan menyaksikan pembukaan 18 cawangan baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Selain itu, kami berhasrat untuk melaksanakan penambahbaikan infrastruktur teknologi maklumat (IT). Ini merangkumi penghijrahan ke sistem perancangan sumber perusahaan baharu, mempertingkatkan laman sesawang e-dagang dan menaik taraf aplikasi mudah alih SSFHOME,” katanya ketika berucap pada majlis penyenaraian saham syarikat di sini, hari ini.

Melangkah ke hadapan, SSF Home yakin industri peruncitan kelengkapan rumah akan terus berkembang.

Hasil SSF Home meningkat daripada RM129.4 juta pada tahun kewangan berakhir 30 April 2020 kepada RM174.5 juta pada tahun kewangan 2023, menyaksikan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 10.5 peratus.

M&A Securities Sdn Bhd ialah penasihat, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk pelaksanaan IPO SSF Home Group Bhd. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar