Transaksi e-Dagang TikTok di Malaysia beroperasi seperti biasa

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan mengambil tindakan menghentikan transaksi e-dagang di platform media sosial TikTok sepertimana yang dilakukan oleh Indonesia.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

“Semestinya keadaan di Malaysia berbeza daripada di Indonesia. Saya telah meminta beberapa maklumat daripada pihak TikTok untuk memahami keadaan sepenuhnya operasi TikTok Shop melibatkan perkongsian data dan sebagainya.

“Mereka akan kembali dengan maklum balas. Kita akan teliti dulu. Sekiranya perlu berdasarkan maklumat kita terima, apa tindakan yang perlu ambil kita akan buat selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran “Malaysia First 5G Autonomous Warehouse” di DHL Supply Chain, Shah Alam.

Fahmi, pada semalam bertemu dengan pengurusan tertinggi TikTok diketuai oleh Naib Presiden Global TikTok Helena Lersch dan menyatakan pematuhan operasinya terhadap undang-undang masih tidak memuaskan.

Selain perlu beroperasi mengikut garis panduan dan undang-undang Malaysia, TikTok juga mesti lebih proaktif mengekang penularan berita palsu dan bahan berbaur fitnah yang disebarkan di platform itu, termasuk yang bersifat “Coordinated Inauthentic Behaviour” (CIB).

Baru-baru ini, Indonesia mengumumkan negara itu mengharamkan transaksi e-dagang dalam platform media sosial Tiktok yang memberi pendapatan tinggi peniaga dalam talian.

Langkah tersebut yang berkuatkuasa serta-merta dilaporkan bertujuan melindungi peniaga di luar talian dan pasaran, serta menghalang penggunaan data peribadi dalam kepentingan perniagaan.

Coelho

Related Posts

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar