CAAM gantung sementara sijil pengendali udara MYAirline berkuat kuasa serta-merta

  • News
  • October 16, 2023

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menggantung sijil pengendali udara (AOC) MYAirline berkuat kuasa serta-merta bagi tempoh 90 hari sementara menunggu siasatan lanjut.

CAAM dalam satu kenyataan hari ini, berkata tiada penemuan untuk menunjukkan masalah kewangan semasa audit keselamatan yang dijalankan dari 29 Mei hingga 1 Jun 2023 bagi tujuan memperbaharui AOC syarikat penerbangan itu.

CAAM mengeluarkan AOC bagi memberi kuasa kepada pengendali udara untuk terlibat dalam operasi pesawat tertentu.

Antara aspek utama yang dilihat sebelum mengeluarkan atau memperbaharui AOC ialah keupayaan pengendali udara bagi menjalankan operasi yang selamat.

CAAM berkata, sebagai sebahagian daripada audit keselamatan, pemegang AOC juga mesti menyediakan bukti kedudukan kewangan.

“Ini bagi memastikan pengendali udara mempunyai sumber kewangan untuk menjalankan operasi yang dirancang.

“Sekiranya timbul isu kewangan, pemberitahuan bertulis kepada CAAM mesti dibuat segera bagi memastikan tiada kompromi terhadap keselamatan operasi.

“Sehingga kini, MYAirline belum menyerahkan sebarang pemberitahuan sedemikian kepada CAAM,” katanya.

CAAM berkata, penggantungan operasi MYAirline secara tiba-tiba, tanpa pemberitahuan awal kepada CAAM, menimbulkan kebimbangan serius terhadap keselamatan awam dan integriti keseluruhan operasi penerbangan awam di Malaysia.

Katanya, audit keselamatan terperinci akan dijalankan ke atas MYAirline semasa penggantungan sementara ini untuk menilai semula keupayaannya.

Syarikat penerbangan biasanya memerlukan dua lesen untuk beroperasi – AOC dan lesen perkhidmatan udara (ASL), yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar