Puteri Johor tidak iktiraf keputusan mesyuarat agung luar biasa KNM, mahu siasatan ke atas pengiraan undi

KUALA LUMPUR: Puteri Johor Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, berserta bilionair Jerman, Andreas Heeschen dan lima individu yang menyasarkan untuk mengambil alih pengurusan KNM Group Bhd tidak mengiktiraf keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) kumpulan itu yang diadakan secara maya hari ini.

Beliau bersama enam lagi individu – Andreas Heeschen, Edwin Silvester Das, Datuk Zaidi Mat Isa, William H Van Vliet III, Flavio Porro, dan Datuk Abd Ghani Yusof – akan meminta siasatan dijalankan terhadap pengiraan undi tersebut yang didakwa menyeleweng.

“Kami akan meminta siasatan mengenai kemungkinan penyelewengan dalam pengiraan undi EGM hari ini,” ujar beliau dalam satu kenyataan media hari ini susulan undian EGM memutuskan Tunku Datuk Yaacob Khyra kekal sebagai Pengerusi KNM.

Terdahulu, Tunku Kamariah telah mengutarakan kebimbangan terhadap pengiraan undi mesyuarat secara maya pada 20 September bagi mengelakkan risiko salah guna kuasa.

Beliau berkata semasa undian dalam talian EGM hari ini, adalah jelas bahawa satu resolusi tidak diundi dengan 323 juta saham milik Andreas, menghasilkan jumlah undian sebanyak 634.5 juta.

Namun, katanya, resolusi lain kemudiannya merangkumi saham Andreas dan yang mengejutkan, didapati berbeza sebanyak 323 juta.

“Ini membuktikan bahawa borang proksi fizikal seperti yang diberikan oleh Andreas sebelum EGM tidak diiktiraf. Ini membawa kepada persoalan sama ada borang proksi fizikal lain telah diterima dan dimasukkan dalam jumlah undi keseluruhan,” ujar beliau.

Menurut Tunku Kamariah, jumlah keseluruhan saham mengundi nampaknya adalah marginal pada 2% daripada modal saham yang diterbitkan. Yang menghairankan, pegangan saham kedua-dua pihak sangat hampir.

“KNM menolak permintaan kami untuk melantik seorang peguam bebas mengawasi pengiraan undi dalam EGM. Mungkin mereka ada sesuatu yang mahu disorok,” katanya.

Tunku Kamariah juga bimbang apabila lima soalan berkaitan formaliti undi dikemukakan secara langsung dianggap sebagai soalan tidak relevan oleh Setiausaha Syarikat, Lily Yin Kam May (yang juga setiausaha syarikat bagi MAA Group Berhad) sebelum undian terhadap resolusi dimulakan dalam EGM itu.

Soalan-soalan terdiri daripada bilangan proksi diterima, bilangan proksi ditolak, bilangan proksi melantik pengerusi untuk mengundi, bilangan proksi menyokong penyingkiran dan bilangan proksi mengundi sokongan pelantikan berkenaan.

“Kami sedang menilai situasi ini dan akan berbincang dengan penasihat kami. Pilihan kami merangkumi tawaran bersyarat hingga dialog dengan pemiutang dan pihak berkepentingan lain,” kata Andreas.

Tunku Kamariah adalah ahli kerabat diraja Johor dan kakak kepada Sultan Johor sekarang.

Beliau telah menjemput rakannya, Andreas untuk melabur di Malaysia dengan harapan untuk menstrukturkan semula KNM daripada kesukaran kewangannya sambil membawa masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan mewujudkan pekerjaan. – DagangNews.com

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar