Tunku Yaacob Khyra kekal Pengerusi KNM

KUALA LUMPUR: Tunku Datuk Yaacob Khyra kekal sebagai Pengerusi KNM Group Berhad selepas majoriti pemegang saham tidak bersetuju beliau disingkirkan dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) hari ini.

EGM semalam turut menyaksikan, dua pengarah dari pihak Tunku Yacoob disingkirkan daripada jawatan pengarah iaitu Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique dan Steve Ho Soo Woon.

Menurut satu kenyataan media semalam, Lembaga Pengarah sedia ada KNM di bawah Pengerusi semasa, Tunku Datuk Yaacob Khyra memenangi sokongan majoriti pemegang saham untuk meneruskan kepimpinannya dan melaksanakan strategi pemulihannya dan Skim Pengaturan dengan Pemiutang.

“Sejurus selepas EGM, Tunku Datuk Yaacob Khyra mengucapkan terima kasih kepada semua pemegang saham atas keyakinan, kepercayaan dan sokongan berterusan mereka.

“Lembaga Pengarah berbesar hati dengan sokongan daripada pemegang saham dan ingin memaklumkan kepada mereka bahawa Lembaga Pengarah kekal komited sepenuhnya dalam usaha mereka untuk memastikan sasaran penyelesaian hutang mereka dalam tempoh sembilan bulan melalui tawaran awam permulaan (IPO) Borsig, yang seterusnya akan memastikan masa depan menguntungkan dan mampan untuk KNM Group Bhd, pemegang sahamnya dan semua pihak berkepentingan,” kata kumpulan itu.

Tunku Yaacob memiliki 9.5% pegangan tidak langsung atau 384.2 juta saham yang dipegang melalui Melewar Industrial Group Bhd.

EGM pada semalam diadakan bagi menyingkirkan lapan orang Lembaga Pengarah yang berada di pihak Tunku Yaacob iaitu Tan Sri Zulhasnan Rafique, Ravindrasingham Balasingham, Yee Hong Ho, Steve Ho Soo Woon, Thulasy Suppiah, Datuk Uwe Ahrens, James Beltran and Datuk Naresh Mohan.

Sementara itu, EGM tersebut mencadangkan pembentukan Lembaga Pengarah baharu yang terdiri daripada Tunku Kamariah, Andreas Heeschen, Edwin Silvester Das, Datuk Zaidi Mat Isa, William H Van Vliet III, Flavio Porro, dan Datuk Abd Ghani Yusof.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar