Bursa Malaysia catat untung sembilan bulan RM192.8 juta

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) RM192.8 juta bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2023, 8.6 peratus lebih tinggi daripada RM177.6 juta yang direkodkan pada tempoh sama tahun lalu.

Peningkatan ketara PATAMI itu adalah disebabkan oleh perbelanjaan operasi yang lebih rendah, susut sebanyak 2.4 peratus kepada RM209.6 juta pada sembilan bulan 2023 daripada RM214.7 juta pada sembilan bulan 2022 disebabkan kepada pembalikan satu kali peruntukan.

Sementara itu, jumlah hasil operasi menurun sedikit sebanyak 0.8 peratus kepada RM441.7 juta pada sembilan bilan 2023, berbanding RM445.2 juta pada sembilan bulan 2022.

Selain itu, pasaran sekuriti turut mencatatkan penurunan 3.3 peratus dalam pendapatan dagangan, berjumlah RM196.4 juta pada sembilan bulan 2023 berbanding RM203 juta pada sembilan bulan 2022.

Penurunan itu disebabkan oleh purata nilai dagangan harian (ADV) yang lebih rendah untuk dagangan pasaran sekuriti (OMT) dan dagangan perniagaan langsung (DBT), yang berjumlah RM2.1 bilion berbanding RM2.2 bilion pada sembilan bulan 2022.

Malah, perkhidmatan penyenaraian dan penerbit menurun sebanyak 8.3 peratus kepada RM47 juta daripada RM51.3 juta pada sembilan bulan 2022 disebabkan oleh yuran pemprosesan serta yuran penyenaraian tambahan yang lebih rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift, berkata pihaknya menjangkakan untuk memenuhi kebanyakan petunjuk prestasi utama bagi tahun kewangan berakhir 2023.

Bursa Malaysia, katanya akan terus memupuk ekosistem pasaran modal yang cergas dan mampan dengan tumpuan untuk mempelbagaikan pengumpulan dana dan peluang perdagangan.

“Ini memerlukan peluasan masa hadapan penawaran produk dan perkhidmatan seperti pengkomersialan penyelesaian pengumpulan dana hutang baharu untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pelancaran Bursa Dinar Emas.

“Kejayaan pelancaran platform dagangan Bursa Karbon (BCX) dan Buku Panduan Pasaran Karbon Sukarela Malaysia pada September dan Oktober tahun ini menunjukkan komitmen kami untuk memudahkan peralihan negara ke arah ekonomi rendah karbon.

“Bursa Malaysia komited untuk menyokong perniagaan Malaysia dalam mencapai kejayaan pelepasan sifar bersih, melalui kredit karbon dan penawaran produk akan datang seperti Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui (REC) dalam ruang pasaran karbon sukarela,” katanya.

Muhamad Umar berkata, Bursa Malaysia juga dipacu oleh dasar dan teras utama yang diumumkan di bawah rangka kerja ekonomi MADANI, termasuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Beliau berkata, langkah itu adalah untuk membantu memacu pertumbuhan dan daya saing negara.

“Pelaksanaan dasar itu yang berkesan, di samping langkah-langkah jangka pendek dan sederhana yang diumumkan secara berasingan untuk meningkatkan pasaran modal, seharusnya merangsang daya tarikan dan aktiviti pasaran,” katanya.

Coelho

Related Posts

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar