Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kerana pasaran terus memantau sama ada Rizab Persekutuan (Fed) akan mengubah keputusan susulan laporan pasaran pekerjaan terkini minggu lepas, kata seorang penganalisis.

Pada 9.08 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6640/6690 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Selasa 4.6675/6725.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pasaran nampaknya menilai semula keadaan ekonomi selepas pengumuman data gaji bukan ladang (NFP) minggu lalu.

“Pelabur menilai pendirian pegawai Fed, Neel Kashkari yang cenderung kepada menaikkan kadar faedah dengan menyatakan negara telah membuktikan daya tahannya walaupun terdapat peningkatan mendadak dalam kadar faedah. Menurutnya, masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk mengekalkan kadar inflasi yang lebih rendah,” katanya kepada Bernama.

Beliau menambah, gandingan Indeks Dolar AS (DXY) terus disokong dengan baik pada 105.542 mata walaupun hasil Perbendaharaan 10 tahun AS susut sembilan mata asas untuk ditutup pada 4.58 peratus.

Justeru, Mohd Afzanizam mengunjurkan kadar pertukaran dolar AS-ringgit akan kekal stabil di sekitar paras semasa.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama tetapi tidak berubah berbanding euro pada 4.9863/9916.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.0986/1021 daripada 3.1026/1061 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7307/7368 daripada 5.7415/7476 semalam.

Berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit bergerak bercampur-campur.

Nilai ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4426/4465 daripada 3.4444/4483 pada Selasa dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 298.2/298.7 daripada 298.4/298.9 sebelumnya.

Namun begitu, nilai ringgit susut berbanding baht Thai kepada 13.1391/1595 daripada 13.1154/1346 semalam dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.31/8.33. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar