Tony Fernandes dinobat sebagai ‘APAC CEO of The Year’ daripada Airline Economics Aviation 100

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes dinobat sebagai ‘Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik Asia Pasifik’ pada majlis Anugerah Aviation 100 Asia Pasifik 2023 oleh Airline Economics di Singapura.

Majlis anugerah itu diadakan di luar persidangan Airline Economics Growth Frontiers Asia Pasifik, yang dihadiri kira-kira 700 profesional penerbangan.

Pengerusi Eksekutif Capital A, Datuk Kamarudin Meranun berkata, pencapaian hebat ini mencerminkan usaha keras, ketabahan dan dedikasi seluruh kru dan kakitangan Capital A.

“Pengiktirafan ini tiba pada waktu yang sangat wajar ketika industri mula bergerak cergas semula, membangun dan berkembang selepas pandemik COVID-19, dan menyerlahkan nilai yang kami sampaikan kepada pelanggan kami sebagai kumpulan perkhidmatan penerbangan dan perjalanan kos rendah yang dipacu nilai.

“Melangkah kehadapan, kami akan meneruskan misi kami dalam menyediakan pengalaman yang tiada tandingan kepada pelanggan kami sambil terus memberi sumbangan positif kepada ekonomi dan industri, di peringkat serantau dan melangkau darinya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Undian bagi penganugerahan ‘Aviation 100’ adalah proses menyeluruh dan komprehensif yang meliputi sepanjang tahun, yang terdiri daripada undian yang khusus kepada setiap aspek.

Diundi oleh pakar industri, termasuk syarikat penerbangan, pemberi pajak, bank, firma guaman dan pihak berkepentingan utama yang lain, tinjauan industri tahunan oleh Airline Economics itu mengiktiraf dan meraikan pemimpin industri yang paling cemerlang.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar