Zukri Samat Pengerusi Lembaga Pengarah PIDM baharu

KUALA LUMPUR: Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Dr Zukri Samat sebagai pengerusi lembaga pengarah berkuat kuasa 1 November 2023.

Zukri menggantikan Tan Sri Dr Rahamat Bivi Yusoff yang telah bersara daripada barisan lembaga pengarah.

Zukri berpengalaman luas dalam sektor kewangan dan perbankan Islam khususnya dalam penyusunan semula, serta pemulihan aset dan institusi.

Beliau pernah memegang beberapa jawatan utama dalam pelbagai organisasi termasuk Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB Holdings Berhad, dan Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Zukri merupakan salah seorang anggota utama Pengurusan Danaharta Nasional Berhad ketika kemuncak krisis kewangan Asia pada tahun 1997/1998 yang mana beliau memainkan peranan penting dalam mengemudi aktiviti penstrukturan semula dan pemulihan pinjaman.

Selepas itu, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Danaharta dari Julai 2003 hingga Disember 2005.

Jawatan-jawatan utama lain yang pernah disandang oleh Zukri termasuk Pengarah Eksekutif Khazanah Nasional Berhad, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) dan Pengarah Malaysia Debt Ventures Berhad.

Ia termasuk menyandang jawatan Pengerusi Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM), Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Pengarah Institut Kewangan Asia (AIF), dan Pengarah Aafaq Islamic Finance Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Ketua Pegawai Eksekutif PIDM, Rafiz Azuan Abdullah berkata, pihaknya mengalu-alukan kehadiran Zukri sebagai pengerusi lembaga pengarah.

“Dengan pengalaman luas beliau, Zukri dapat menyumbang pandangan yang praktikal dan tidak ternilai, lebih-lebih lagi ketika PIDM kini sedang melaksanakan perancangan pemulihan resolusi,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Dengan pelantikan baharu ini, Ahli Lembaga Pengarah PIDM terdiri daripada Zukri sebagai pengerusi, Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Shaik Abdul Rasheed Ghaffour (Gabenor Bank Negara Malaysia), Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican, Datuk Dr Yacob Mustafa, Datuk Nor Eni Ismail, Datuk Dr Nik Ramlah Mahmood, Datuk Dr Gan Wee Beng, Gloria Goh dan Lee Kong Eng.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar