Malaysia Airlines mulakan penerbangan ke Amritsar, Trivandrum

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines memperluaskan lagi rangkaiannya dengan penerbangan ke laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Amritsar dan Trivandrum, India.

Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia Aviation Group (MAG), Ahmad Luqman Mohd Azmi, berkata penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Amritsar dan Trivandrum masing-masing bermula pada 8 dan 9 November lalu.

Beliau berkata, Malaysia Airlines sangat mementingkan pasaran di India memandangkan ia menjadi asas kepada visi strategik kumpulan.

“Malah Malaysia Airlines adalah syarikat penerbangan perkhidmatan penuh premium pertama yang menawarkan penerbangan ke Amritsar dan Trivandrum serta Asia Selatan dan Pasifik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Luqman berkata, langkah itu turut menghasilkan pelbagai hasil positif daripada memacu pertumbuhan ekonomi kepada meningkatkan pelancongan, memupuk pertukaran budaya dan memudahkan kerjasama global.

Pengenalan dua laluan baharu katanya akan memperluaskan sambungan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke India kepada lapan hab utama, termasuk New Delhi, Bengaluru, Mumbai, Chennai, Hyderabad dan Kochi.

“Malaysia Airlines kekal berdedikasi untuk meningkatkan ketersambungan dan tidak lama lagi akan memulakan operasi ke Ahmedebad pada Disember ini,” katanya.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar