Bursa Malaysia melonjak kukuh susulan inflasi rendah di AS

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan sesi dagangan Rabu dengan lebih tinggi, didorong oleh data inflasi Amerika Syarikat (AS) bagi Oktober yang membayangkan kemungkinan kempen bank pusat negara maju itu untuk menaikkan kadar faedah telah berakhir.

Perkembangan itu sekali gus mencetuskan harapan bahawa ini akan disusuli dengan langkah Rizab Persekutuan (Fed) AS mengurangkan kadar faedah berkenaan.

Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 8.34 mata kepada 1,460.06 dengan peningkatan tersebut turut merentasi hampir kesemua papan indeks.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 1.89 mata kepada 1,453.61 berbanding 1,451.72 pada akhir dagangan Selasa.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 292 berbanding 102 manakala 273 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 1,713 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 536.83 juta unit bernilai RM136.6 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng, berkata prestasi itu mencerminkan aliran kenaikan berturut-turut di Wall Street ketika peniaga amat gembira dengan data IHP bagi Oktober yang lebih rendah daripada jangkaan pada 3.2 peratus.

“IHP teras yang tidak termasuk harga makanan dan tenaga, meningkat pada paras paling perlahan dalam tempoh dua tahun dan memaparkan bahawa kadar Fed telah pun mencecah kemuncaknya.
ADVERTISING

“Berikutan itu, Dow Jones meningkat 1.43 peratus manakala Nasdaq menokok 2.37 peratus berikutan hasil Perbendaharaan 10 tahun AS yang turun kepada 4.453 peratus,” katanya kepada Bernama.

Sejajar dengan sentimen optimis di AS, beliau menjangkakan FBM KLCI akan terus mengekalkan momentum positif dan bergerak dalam aliran di paras 1,455 hingga 1,465 pada hari ini.

Selain itu, saham perladangan domestik juga berkemungkinan menyaksikan minat belian hari ini apabila harga minyak sawit mentah (MSM) meningkat melebihi paras RM3,900 satu tan berikutan peningkatan import dari India.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Hong Leong Financial Group sebaliknya susut apabila turun dua sen kepada RM17.16 manakala Maybank, IHH dan Sime Darby Plantation masing-masing naik empat sen kepada RM9.15, RM5.95 dan RM4.43.

Selain itu, Public Bank naik dua sen kepada RM4.20 dan CIMB menambah tiga sen pada RM5.76.

Bagi saham aktif, Hong Seng meraih satu sen kepada 4.0 sen, Plytec yang baru disenaraikan di Pasaran ACE berkurangan 1.5 sen kepada 33.5 sen manakala SC Estate Builder kekal pada 4.0 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas naik 57.45 mata pada 10,787.04, Indeks FBMT 100 menambah 56.60 mata kepada 10,448.72, Indeks FBM Emas Shariah mengukuh 59.12 mata kepada 11,002.55, Indeks FBM 70 melonjak 63.72 mata kepada 14,242.13 dan Indeks FBM ACE meningkat 46.87 mata kepada 5,163.29.

Bagi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 70.87 mata kepada 16,392.52, Indeks Perladangan menambah 41.26 mata kepada 6,994.30, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.73 mata kepada 173.97 dan Indeks Tenaga menokok 2.41 mata kepada 801.89. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar