Bursa Malaysia bergerak rendah selepas dibuka tinggi sedikit

KUALA LUMPUR: Indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi sedikit hari ini sebelum bergerak rendah, mengetepikan prestasi semalaman Wall Street yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.

Pada 9.10 pagi, FBM KLCI merosot 0.69 mata kepada 1,456.23 daripada penutupan semalam pada 1,456.92. Indeks utama dibuka 1.21 mata lebih tinggi untuk mencatatkan paras 1,458.13.

Pergerakan harga di pasaran positif, dengan kaunter untung mendahului kaunter rugi 206 berbalas 120, manakala 271 kaunter tidak berubah, 1,777 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng, berkata Wall Street ditutup tinggi selepas sentimen pelabur dirangsang oleh kelemahan data inflasi yang menyebabkan penurunan hasil bon.

Sementara itu di pasaran tempatan, beliau berkata pasaran akan memberi tumpuan kepada laporan pendapatan korporat terutamanya daripada sektor kewangan yang mungkin memberikan sokongan dalam tempoh terdekat.

“Kami yakin pendapatan terutamanya daripada bank yang dijangka kekal kukuh untuk tahun 2023 dan ini mungkin boleh menarik pembeli kembali ke pasaran,” katanya kepada Bernama sambil menambah indeks utama diunjur berlegar dalam julat 1,455 hingga 1,465 hari ini.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing kekal pada harga RM9.11 dan RM4.21, CIMB susut empat sen menjadi RM5.73 dan Tenaga Nasional turun dua sen kepada RM9.95, manakala Petronas Chemicals peroleh dua sen kepada RM7. 22.

Bagi saham aktif, Hong Seng naik setengah sen kepada 3.5 sen, Leform turun setengah sen menjadi 28.5 sen, Ageson tidak berubah pada 7.5 sen, Muhibbah menambah 7.5 sen kepada 77.5 sen, dan MYEG untung 1.5 sen kepada 82 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 5.59 mata kepada 10,795.71, Indeks FBMT 100 menambah 4.42 mata untuk mencatatkan paras 10,453.72 dan Indeks FBM Emas Syariah peroleh 13.71 mata kepada 11,015.52.

Indeks FBM ACE untung 2.20 mata kepada 5,197.45 dan Indeks FBM 70 mengembang 47.0 mata kepada 14,390.43.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 13.83 mata kepada 16,345.44, Indeks Tenaga turun 0.5 mata kepada 860.01, manakala Indeks Perladangan 8.99 mata lebih tinggi kepada 6,994.99 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.38 mata untuk mencatatkan paras 173.96. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar