Datasonic catat pendapatan RM172 juta tertinggi pada 1HFY24

KUALA LUMPUR: Datasonic Group Berhad telah merekodkan pendapatan tertinggi baharu bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024 (1HFY24) berjumlah RM172 juta, meningkat 9.1% daripada RM157.7 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Dalam satu kenyataan media hari ini, penyedia penyelesaian ICT bersepadu berkaitan keselamatan di Malaysia itu berkata peningkatan tersebut didorong oleh bekalan pasport, kad pintar dan perkhidmatan tersuai yang lebih tinggi.

Sehubungan itu, keuntungan bersih kumpulan pada tempoh dalam tinjauan meningkat kepada RM37.2 juta berbanding RM36.9 juta setahun lalu.

Datasonic mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 0.6 sen sesaham, menjadikan jumlah dividen sesaham bagi tempoh kewangan semasa kepada 1.2 sen.

Pengerusi Eksekutif Datasonic, Tengku Datuk Seri Abu Bakar Ahmad Tengku Abdullah berkata melangkah ke separuh kedua tahun kewangan 2024, kumpulan itu akan terus memberi tumpuan kepada pelaksanaan pelan strategik sementara melaksanakan pendekatan berhemat, sambil merebut peluang di hadapan untuk mengembangkan lagi perniagaan.

“Permintaan sihat untuk pasport adalah berterusan, yang kami jangka kekal kukuh terutamanya pada suku akhir 2023.

“Kami mengekalkan keutamaan dalam memastikan penghantaran berterusan, tepat pada masanya dan berkualiti tinggi kepada pelanggan bagi memenuhi permintaan awam yang tinggi,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Beliau turut memaklumkan bahawa penghantaran kad pekerja asing (i-Kad) telah mendapat daya tarikan menggalakkan sejak penggunaannya bermula pada Ogos 2023.

Bagi suku semasa dalam tinjauan, pendapatan berjumlah RM87.2 juta berbanding RM93.6 juta pada 2QFY23, disebabkan oleh penghantaran kad pintar, pasport dan perkhidmatan tersuai yang lebih rendah.

Hasilnya, keuntungan bersih 2QFY24 mencapai RM18.1 juta berbanding RM24.9 juta pada tahun sebelumnya.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar