Zulkiflee Omar CEO Pengurusan Aset Air Baharu

KUALA LUMPUR: Zulkiflee Omar dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) yang baharu, berkuat kuasa 1 Disember.

PAAB dalam kenyataan berkata, Zulkiflee memiliki banyak pengalaman berharga dan beliau telah berkhidmat sebagai ketua pegawai operasi (COO) dan pemangku CEO PAAB sejak 19 Mac tahun ini.

“Semasa menyandang jawatan CEO, Zulkiflee akan terus mengawasi tanggungjawab COO hingga pengganti yang sesuai dilantik,” kata PAAB.

Zulkiflee memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Awam dari University of North Carolina, Amerika Syarikat, dan mempunyai sejarah kerjaya yang cemerlang, lapor Bernama.

Sebelum berkhidmat di PAAB, beliau berkhidmat sebagai Ketua Penyampaian Projek di OPUS International (M) Sdn Bhd, iaitu perunding pengurusan projek yang terkenal di bawah UEM Group.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar