Bilionair ketujuh paling kaya di Malaysial Tan Sri Dr Chen Lip Keong meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bilionair yang juga individu ketujuh terkaya di Malaysia, Tan Sri Dr Chen Lip Keong meninggal dunia pada usia 75 tahun, Jumaat lalu.

Berita berkenaan diumumkan oleh NagaCorp Ltd, syarikat diasas oleh mendiang yang disenaraikan di Hong Kong.

“Lembaga pengarah (lembaga) NagaCorp Ltd (kumpulan) dengan rasa sedih mengumumkan bahawa Tan Sri Dr Chen Lip Keong, Ketua Pegawai Eksekutif Kanan Kumpulan dan pengarah eksekutif syarikat, meninggal dunia pada 8 Disember 2023 kerana sakit.

“Bagi pihak semua kakitangan kumpulan, Lembaga Pengarah ingin melahirkan rasa dukacita yang amat mendalam atas pemergian Dr Chen dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya.

“Lembaga Pengarah juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr Chen di atas kepemimpinan, bimbingan dan sumbangan beliau yang tidak ternilai kepada kumpulan semasa beliau memegang jawatan,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Chen (Lip Keong) telah menubuhkan asas kumpulan yang kukuh selepas lebih 28 tahun mencapai pertumbuhan yang mantap.

“Pengalaman mendiang dalam bidang keusahawanan, perniagaan dan pengurusan selama bertahun-tahun adalah penting kepada kejayaan kumpulan.

“Di bawah kepimpinan berwawasan Dr Chen, kumpulan telah mencapai pertumbuhan dan pembangunan yang luar biasa selepas bertahun-tahun mengemudi perniagaan yang teliti dan pengurusan yang mahir dan strategik,” katanya.

Lembaga Pengarah juga mengumumkan pelantikan semula Chen Yiy Fon, pengarah eksekutif syarikat, berkuat kuasa 10 Disember 2023, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baharu.

“Yiy Fon ialah anak kepada Dr Chen dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif – Operasi syarikat sejak 5 April 2022.

“Syarikat akan meneruskan operasi perniagaan kumpulan dengan mematuhi perniagaan strategi yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah.

“Lembaga Pengarah berpendapat bahawa kematian Dr Chen tidak akan mempunyai sebarang kesan material ke atas operasi kumpulan,” katanya.

Menurut kedudukan terbaharu majalah perniagaan AS, Forbes setakat Mei 2023, Dr Chen adalah individu ketujuh terkaya di Malaysia dengan kekayaan atau nilai bersih AS$2.8 bilion (RM13.11 bilion).

Coelho

Related Posts

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar