Kembangkan 3S Vespa, Aprilia ke Melaka, menerusi Zen Sports – Didi Group

MELAKA: Didi Group, pengedar rasmi skuter Vespa dan Aprilia di Malaysia, membuka pusat pameran dua jenama motosikal Itali berkenaan di Klebang, Melaka dalam usaha memperluaskan lagi khidmat dan capaian pelanggannya

Syarikat dalam satu kenyataan berkata, pusat pameran itu menawarkan rangkaian penuh skuter ikonik Vespa dan Aprilia dan ia dibangunkan sebagai kedai konsep yang dinamik, yang mana membawa rangkaian produk yang komprehensif termasuk pusat perkhidmatan pelanggan.

“Bagi Didi Group, pelancaran Zen Sports menandakan satu peristiwa bersejarah dan capaian luar biasa, kerana ia menjadi Pameran Skuter 3S pertama Vespa dan Aprilia di Melaka.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Zen Sports kerana memperkenalkan dan membawa jenama skuter Vespa dan Aprilia di Melaka, yang akan membantu kita untuk lebih mengukuhkan kedudukan dan meningkatkan kehadiran di Malaysia.

Pembukaan pameran Vespa & Aprilia di Melaka juga mencerminkan peningkatan rangkaian pengedaran skuter Vespa dan Aprilia di Malaysia,” kata Pengerusi Didi Group, Rewi Hamid Bugo dalam kenyataan itu.

Zen Sports adalah pengedar 3S rasmi Kumpulan Didi di Melaka yang juga mengamalkan Identiti Korporat baru Piaggio untuk pusta pameran berkenaan.

Ia menyediakan pelbagai model yang memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan skuter Vespa dan Aprilia di Melaka, khususnya Klebang dan kawasan sekitarnya.

Pameran ini mempamerkan semua model skuter Vespa dan Aprilia yang tersedia di seluruh negara, dan selain Pusat Perkhidmatan, fasiliti ini juga mempunyai ruang menunggu dan pelbagai kemudahan gaya hidup.

Goncalves

Related Posts

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar