Abu Tariq dilantik sebagai CEO baharu LHDN

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LDHN), Datuk Abu Tariq Jamaluddin dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa semalam.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Datuk Seri Dr Mohd Nizom Sairi yang tamat tempoh kontrak perkhidmatannya pada 16 Disember selepas berkhidmat selama 38 tahun di LHDN dan menyumbang kepada kecemerlangan organisasi.

LHDN dalam satu kenyataan, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mohd Nizom atas sumbangan bakti selama beliau berkhidmat, selain ucapan syabas dan tahniah atas pelantikan Abu Tariq.

Antara sumbangan signifikan Mohd Nizom ialah memperkenalkan konsep ‘AES’ (awareness, education and services) bagi memperkasa penyampaian perkhidmatan di LDHN, untuk membina kembali kepercayaan masyakarat terhadap sistem percukaian langsung negara.

Di bawah teraju beliau juga, LHDN merekodkan pencapaian kutipan cukai langsung tertinggi dalam sejarah negara pada 2022, iaitu RM175.4 bilion.

Abu Tariq lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Dengan Kepujian (LLB. Hons) dari Universiti Malaya (UM), mula berkhidmat di LHDN pada 15 Mac 1995 dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang percukaian langsung merangkumi perundangan dan pematuhan cukai.

Sebelum menjawat portfolio Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), beliau memegang beberapa jawatan penting di LHDN, antaranya Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) dan Pengarah Jabatan Undang-Undang.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar