Daihatsu gantung operasi, beri pampasan kepada pembekal

  • Auto
  • December 26, 2023

TOKYO: Unit pengeluaran kereta besaiz kecil Toyota Motor, Daihatsu Motor akan memberikan pampasan kepada 423 pembekal domestik yang memiliki hubungan langsung selepas penggantungan operasi pengeluaran kilangnya di Jepun selepas terpalit dengan skandal keselamatan.

Menurut jurucakap, pengeluar kereta bersaiz kecil itu menghentikan pengeluaran di kilangnya sehingga akhir bulan hadapan.

“Syarikat itu akan mempertimbangkan untuk memberi pampasan kepada pembekal berdasarkan jumlah perniagaan yang lalu dan sedang berusaha untuk menilai kesan pemberhentian itu terhadap rangkaian pembekalnya yang lebih luas,” katanya.

Rabu lalu, Daihatsu berkata, ia menghentikan penghantaran semua kenderaannya selepas siasatan keselamatan mendapati isu melibatkan 64 model, termasuk hampir 24 model yang dijual di bawah jenama Toyota.

Syarikat itu akan bekerjasama dengan pembekal utamanya untuk menangani kesan daripada skandal itu dan mungkin juga membantu subkontraktor kecil yang tidak menerima pampasan untuk mengakses dana sokongan daripada kementerian industri, tambah jurucakap itu.

Operasi luar negara Daihatsu banyak tertumpu di Asia Tenggara.

Ia telah menyambung semula pengeluaran kereta jenama Perodua di dua kilang usaha sama yang dikendalikannya dengan pembuat kereta Malaysia, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) selepas mendapat kelulusan kawal selia, kata jurucakap itu.

Minggu lalu, syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Toyota berkata, ia telah menyambung semula penghantaran daripada anak syarikatnya di Indonesia, PT Astra Daihatsu Motor. – REUTERS

Coelho

Related Posts

Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

TOKYO: Toyota Motor Corporation (Toyota) akan memulakan kerja pembinaan bagi Shinagawa Station West Exit Area District A New Construction Plan (nama sementara, selepas ini dirujuk sebagai “Pelan”) pada 31 Mei…

  • Auto
  • October 24, 2024
Betamek, Perodua kerjasama pamer penyelesaian telematik

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar Reka Bentuk Asal (“ODM”) dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (“EMS”) untuk industri automotif, Betamek Berhad mengumumkan, pihaknya mengambil bahagian dalam pameran Daihatsu Motor Co., Ltd.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar