Khazanah, CGC Digital umum pelaburan strategik dalam Funding Societies

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan CGC Digital Sdn Bhd (CGC Digital) membuat pelaburan strategik ke dalam platform kewangan digital perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bersepadu terbesar Asia Tenggara, Funding Societies | Modalku (Funding Societies).

Pelaburan itu adalah bagi memperluaskan akses untuk perniagaan yang tidak atau kurang mendapat perkhidmatan pembiayaan.

Pelaburan Khazanah itu adalah di bawah mandat Dana Impak, satu tonggak utama strategi Memajukan Malaysia (Advancing Malaysia).

Pelaburan itu menyokong aspirasi kerajaan untuk meningkatkan prestasi PMKS melalui akses yang lebih baik kepada pembiayaan, mencipta peluang dan membantu pertumbuhan sosioekonomi bagi komuniti luar bandar dan separa bandar, serta komuniti dengan akses terhad kepada perkhidmatan kewangan.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir, berkata pelaburan dalam Funding Societies mencerminkan komitmen kumpulan untuk menggalakkan keterangkuman kewangan dan mengecilkan jurang pembiayaan, terutamanya dalam komuniti PMKS.

Beliau berkata, sebagai tulang belakang ekonomi Malaysia dan menyumbang kepada hampir separuh pekerjaan dalam negara, peranan PMKS adalah penting kepada negara.

“Namun, pada masa yang sama PMKS berdepan cabaran mendapatkan perkhidmatan pembiayaan.

“Oleh itu, pelaburan ini selari dengan misi kami untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan pertumbuhan sosioekonomi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Amirul Feisal, dengan menyokong platform inovatif seperti Funding Societies bersama CGC Digital, Khazanah berhasrat untuk memberdayakan komuniti PMKS, membuka peluang baharu untuk mendorong kemajuan negara selaras dengan visi Ekonomi MADANI untuk meningkatkan manfaat sosioekonomi kepada semua.

Katanya, penilaian impak Khazanah didorong oleh peranan platform kewangan digital seperti Funding Societies, yang mendahului dalam penyampaian pembiayaan digital menyeluruh kepada PMKS yang mendapat perkhidmatan terhad di Asia Tenggara.

Katanya ia membolehkan akses PMKS yang lebih baik kepada modal dan mempromosikan keterangkuman kewangan di serantau.

“Khusus untuk pasaran Malaysia, dengan pelaburan Dana Impak, Funding Societies berhasrat menyalurkan lebih daripada 50 peratus pinjaman tahunan melalui pembiayaan patuh Syariah menjelang 2025. Ia selaras dengan aspirasi untuk menyokong pertumbuhan PMKS Bumiputera,” katanya.

Funding Societies ialah syarikat teknologi kewangan (FinTech) serantau yang menyediakan pembiayaan kepada PMKS, terutamanya perniagaan mikro dan kecil yang tidak mendapat perkhidmatan daripada institusi kewangan sedia ada.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar