Pelabur asing beli RM524.9 juta saham minggu pertama 2024

KUALA LUMPUR: Pelabur asing terus menyokong ekuiti domestik di Bursa Malaysia bagi minggu keempat berturut-turut, apabila belian bersih mereka meningkat lebih tiga kali ganda kepada RM524.9 juta pada minggu dagangan pertama 2024 daripada RM165.3 juta yang dicatatkan minggu sebelumnya.

Penyelidikan oleh MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjelaskan, aliran masuk asing bersih direkodkan setiap hari dagangan minggu lalu, kecuali Selasa yang menyaksikan jualan asing bersih berjumlah RM23.3 juta.

Aliran keluar tertinggi berlaku bagi Inari Amertron Bhd (-RM13.6 juta), My E.G. Services Bhd (-RM10.7 juta) dan Public Bank (-RM7.9 juta).

Menerusi laporan aliran dana mingguan yang diterbitkan hari ini, bank pelaburan itu menambah bahawa sektor utiliti merekodkan aliran masuk asing bersih tertinggi iaitu RM208.9 juta, diikuti perkhidmatan kewangan (RM156 juta) dan hartanah (RM126.9 juta).

Sementara itu, sektor dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah teknologi (-RM69.4 juta), produk dan perkhidmatan pengguna (-RM64 juta), serta telekomunikasi dan media (-RM16 juta), menurutnya.

Institusi tempatan terus menjadi penjual bersih bagi minggu ketiga berturut-turut dengan RM141.6 juta.

Mengikut sektor, perkhidmatan kewangan mengalami aliran keluar bersih tertinggi daripada kategori pelabur itu, dengan jumlah RM139.7 juta, jelasnya.

Peruncit tempatan juga berubah menjadi penjual bersih ekuiti domestik dengan RM383.3 juta.

Dari segi penyertaan, penyelidikan MIDF mendapati terdapat peningkatan ketara dari segi jumlah dagangan harian purata (ADTV) dalam kalangan peruncit tempatan (44.8 peratus), institusi tempatan (22.6 peratus), dan pelabur asing (50.8 peratus). – BERNAMA

Coelho

Related Posts

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar