Destini Bhd lantik Abd Aziz Sheikh Fadzir sebagai Pengerusi baharu, ganti Azhar Harun

KUALA LUMPUR: Destini Bhd melantik semula pengarah bukan bebasnya, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir sebagai pengerusi baharu kumpulan itu.

Syarikat penyedia rumusan kejuruteraan bersepadu itu berkata pelantikan itu bagi menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Destini Bhd mengumumkan peletakan jawatan bekas Speaker Dewan Rakyat itu sebagai pengerusi bebas dan bukan eksekutifnya, selepas memegang jawatan selama sembilan bulan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, peletakan jawatan Azhar adalah disebabkan komitmen peribadinya.

Pada 2015, Azhar berundur daripada jawatannya sebagai pengerusi bukan eksekutif bukan bebas Destini kerana komitmen kerja dan peribadi lain, sebelum dilantik semula sebagai pengarah bebas lapan tahun kemudian pada Mei 2023.

Kemudian pada Jun 2023, beliau dilantik semula sebagai pengerusi kumpulan itu, menggantikan Abdul Rahman Mohd Rejab, yang meletak jawatan kerana komitmen peribadi.

Dari 2020 hingga 2022, Azhar menjadi Speaker Dewan Rakyat. Beliau bersara selepas Tan Sri Johari Abdul dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu bagi penggal parlimen semasa.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar