Sime Darby selesai ambil alih UMW pada harga RM5.84 bilion

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd menyelesaikan pengambilalihan 100 peratus UMW Holdings Bhd (UMW) hari ini dengan harga RM5.84 bilion, menjadikannya anak syarikat milik penuh.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson, berkata peristiwa penting itu merupakan petunjuk jelas kepercayaan pasaran terhadap hala tuju strategik kumpulan itu dan nilai yang ia sedia cipta bersama UMW.

“Keutamaan utama kami sekarang ialah melengkapkan integrasi UMW ke dalam ekosistem Sime Darby yang lebih luas.

“Memanfaatkan kekuatan kolektif kami, terutamanya dalam sektor automotif dan perindustrian, ini akan membolehkan kami mengukuhkan kelebihan daya saing dan mengembangkan jejak domestik untuk terus memacu pertumbuhan jangka panjang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jeffri Salim berkata, pengambilalihan itu juga selaras dengan pelan induk strategi lima tahun Sime Darby untuk mengembangkan perniagaan industri dan permotoran teras merentasi pasaran serantau utama dan mengukuhkan sumbangan pendapatannya dari Malaysia.

Langkah itu mengesahkan komitmen kumpulan untuk memacu inovasi dan pertumbuhan sambil menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Urusan UMW, Mustamir Mohamad, berkata menyertai keluarga Sime Darby sebagai unit perniagaan utama menandakan lembaran baharu yang menarik, membolehkannya memanfaatkan peluang baharu dan berkongsi kepakaran.

“Sambil memastikan kesinambungan perniagaan yang lancar semasa penyepaduan, kami berharap untuk terus berkembang sebagai sebahagian daripada Sime Darby, kerana kami kekal teguh dalam komitmen kami untuk menyampaikan kecemerlangan kepada semua pemegang kepentingan kami,” katanya.

Sime Darby berkata, pada Ogos 2023 bahawa ia mengambil alih 61.2 peratus kepentingan dalam UMW daripada syarikat induknya Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada RM3.57 bilion, diikuti dengan tawaran am mandatori untuk membeli baki kepentingan ekuiti sebanyak 38.8 peratus pada kira-kira RM2. 27 bilion. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar