Wan Fayhsal dakwa Anwar sudah serah dokumen perjanjian melalui “wakil”

  • News
  • March 25, 2024

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menyerahkan dokumen perjanjian ketua Ketua Pembangkang.

Dakwa Ketua Armada BERSATU itu, perkara itu tidak diketahui oleh sesiapa termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusoff.

“Bukan semua benda PMX nak cerita dengan kamu macam dia buat ‘deal’ dengan Bagan Datok dulu.

“Memanglah Timbalan Perdana Menteri dan kamu tak tahu. Bukan ‘fake news’,” katanya dalam satu hantaran di platform X, di sini, hari ini.

Beliau membuat hantaran itu bagi menjawab kenyataan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari

Hantaran itu dibuat bagi membalas kenyataan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari, yang mendakwa tiada apa-apa perjanjian atau perbincangan mendalam mengenai perjanjian dengan pembangkang.

“Belum apa-apa perjanjian atau perbincangan yang mendalam, dah mula jual cerita bukan-bukan. Pihak sebelah sana memang sinonim dengan golongan “fake news” ke?, soalnya.

Semalam, Fadillah dalam satu kenyataan menyatakan tidak timbul wujudnya draf perjanjian baharu Kerajaan Madani seperti didakwa pemimpin pembangkang.

Jelas beliau, pertemuan di Parlimen pada 19 Mac lalu hanya mendengar permohonan Perikatan Nasional (PN) dan mendengar apa yang mereka tawarkan, malah tiada sebarang dokumen diberi atau diterima.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar