Tourism Malaysia sasar kedatangan lebih 5 juta pelancong China tahun ini

  • News
  • April 1, 2024

SEPANG: Tourism Malaysia yakin sasaran kedatangan lebih lima juta pelancong dari China tahun ini dapat dicapai dengan disokong oleh kekerapan penerbangan ke negara ini, berbanding 1.47 juta orang pada tahun lalu.

Ketua Pengarahnya, P Manoharan, berkata ini sasaran itu berdasarkan kekerapan penerbangan yang ada sekarang iaitu lebih 247 penerbangan seminggu dengan kapasiti tempat duduk hampir 4.9 juta dari China ke Kuala Lumpur.

“Banyak lagi kekerapan penerbangan akan bertambah selain laluan baharu juga selepas ini. Jadi, kita positif menerima lebih lima juta pelancong dari China tahun ini berbanding hanya 1.47 orang pada tahun lalu,” katanya selepas majlis mengalu-alukan laluan antarabangsa baharu Sichuan Airlines dan China Southern Airlines ke Kuala Lumpur di sini malam tadi.

Pesawat Sichuan Airlines dari Chengdu dan China Southern Airlines dari Shenzhen mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 masing-masing pada jam 10 malam dan 12.30 tengah malam.

Manoharan berkata, selain Kuala Lumpur, syarikat penerbangan dari China juga menunjukkan minat untuk mengadakan penerbangan terus ke bandar utama di Malaysia seperti Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuching.

“Sichuan Airlines juga sudah membuat rancangan untuk mengadakan penerbangan (dari China) ke Kuching. Kami mengalu-alukan syarikat penerbangan dari China mengadakan penerbangan terus ke Kuala Lumpur, selain penerbangan sewa khas.

“Ini juga selari dengan matlamat kementerian memperbanyakkan lagi penerbangan terus sempena Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya.

Beliau berkata, Tourism Malaysia akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan pengusaha pelancongan di Malaysia serta China untuk menambah kekerapan penerbangan ke negara ini.

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan jumlah ketibaan kira-kira 27.3 juta pelancong pada tahun ini dengan pendapatan pelancongan berjumlah RM102.7 bilion. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar