Johor Plantations dapat kelulusan SC disenarai di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Johor Plantations Group Bhd (JPG) mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

JPG berkata, tawaran awam permulaan (IPO) membabitkan sehingga 875 juta saham akan terdiri daripada terbitan awam sebanyak 464 juta saham baharu, dan tawaran untuk penjualan sehingga 411 juta saham sedia ada.

Daripada 875 juta saham, sebanyak 485 juta saham akan disediakan kepada rakyat Malaysia dan institusi asing manakala 312.5 juta saham akan diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Sebanyak 50 juta saham pula akan disediakan untuk permohonan oleh rakyat Malaysia menerusi pengundian manakala baki 27.5 juta saham akan diperuntukkan untuk orang yang layak yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan itu.

Pengarah Urusan JPG, Mohd Faris Adli Shukery, berkata kumpulan itu bersedia untuk berkembang ke segmen hiliran perniagaan perladangan dan mempelbagaikan tawaran produknya untuk memasukkan minyak dan lemak khusus untuk pengeluaran makanan.

“Langkah strategik itu akan meningkatkan kedudukannya sebagai pengeluar kelapa sawit bersepadu sepenuhnya dan menjana hasil tambahan merentas keseluruhan rantaian nilai.

“Ia juga akan menjana nilai pemegang saham yang positif, mencerminkan komitmennya terhadap penciptaan kekayaan jangka panjang untuk pelabur.

“Justeru, JPG akan menggunakan sebahagian daripada hasil IPO secara strategik untuk membina kompleks minyak sawit mampan bersepadu dan pada masa sama memastikan kesinambungan perniagaan melalui strategi penanaman semula yang berdisiplin,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kepada rekod prestasi yang bereputasi dan model perniagaan bersepadu mantap, pihaknya yakin dengan trajektori pertumbuhan masa depan dan akan kekal teguh dalam komitmen untuk memberikan kecemerlangan serta mematuhi amalan perladangan yang mampan.

RHB Investment Bank Bhd adalah penasihat utama, penyelaras global bersama, penyelaras bersama, penaja jamin pengurusan, dan penaja jamin bersama untuk pelaksanaan IPO ini.

Sementara itu, AmInvestment Bank Bhd dan CIMB Investment Bank Bhd ialah penyelaras global bersama, penyelaras bersama dan penaja jamin bersama.

CLSA Singapore Pte Ltd dan CLSA Securities Malaysia Sdn Bhd pula ialah penyelaras global bersama dan penyelaras bersama, manakala Affin Hwang Investment Bank Bhd adalah penyelaras bersama dan penaja jamin bersama.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar