Muhtar Suhaili CEO baharu EPIC Berhad berkuatkuasa 17 April 2024

KUALA LUMPUR: Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) melantik Muhtar Suhaili sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan baharu berkuat kuasa 17 April ini.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Ridzuan Ali yang menamatkan perkhidmatan esok. Muhtar sebelum ini adalah Ketua Pegawai Operasi Kumpulan EPIC.

Muhtar mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam industri minyak dan gas, automotif, komoditi, pengurusan pelabuhan, sektor logistik, dan tenaga boleh diperbaharui.

Beliau telah mendapat pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Mekatronik kemudiannya telah melanjutkan pelajaran di Curtin University Australia serta memperoleh Ijazah Sarjana Teknologi Petroleum.

Beliau adalah Teknologis Profesional dan kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Kedoktoran dalam Pentadbiran Perniagaan.

Selain itu, Muhtar juga telah mengikuti kursus kepimpinan eksekutif di Harvard Bussiness School dan Saïd Business School, University of Oxford.

Sebelum menyertai EPIC pada Disember 2022, Muhtar adalah Ketua Pegawai Eksekutif di Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC), dan sebelumnya berkhidmat bersama Shell selama 15 tahun dan Perodua Auto Corporation Sdn Bhd, tambah EPIC.

Beliau juga pernah diamanahkan sebagai Pengerusi Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC). Muhtar mempunyai pengalaman bekerja di Malaysia dan luar negara, iaitu di Belanda dan Jerman.

Misi beliau adalah untuk menjana pertumbuhan perniagaan syarikat di samping memperkasa sumber tenaga modal insan dengan memanfaatkan kepakaran dan rangkaian beliau di sektor minyak dan gas.

Muhtar berhasrat menggunakan pengalaman mengendalikan pelbagai projek mega dan pengurusan kontrak perniagaan di peringkat tempatan mahupun luar negara untuk membawa EPIC ke peringkat kejayaan yang lebih tinggi.

“EPIC Berhad mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan CEO Kumpulan, Ridzuan Ali, atas segala jasa, bimbingan dan sumbangan yang diberikan sepanjang beliau berkhidmat di syarikat selama dua tahun,” kata syarikat itu.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar