Abdul Rahman dilantik Presiden & Ketua Eksekutif PNB mulai 1 Julai 2024

KUALA LUMPUR: Datuk Abdul Rahman Ahmad dilantik sebagai Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), berkuat kuasa 1 Julai 2024, umum Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB).

Abdul Rahman ketika ini menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Kumpulan CIMB dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank Bhd, dan telah berkhidmat sejak 2020.

Sebelum menjawat jawatan terkini sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Abdul Rahman pernah berkhidmat sebagai Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB dari tahun 2016 hingga 2019 dan memainkan peranan penting dalam memacu transformasi strategik PNB.

Beliau membawa bersama pengalaman kepemimpinan lebih 20 tahun dalam pelbagai perkhidmatan kewangan dan sektor korporat.

“Lembaga Pengarah PNB mengalu-alukan kepulangan Abdul Rahman dalam menyediakan kesinambungan dan memacu pelaksanaan Pelan Strategik PNB yang baru dibangunkan serta membantu melaksanakan matlamat PNB untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi,” kata PNB dalam kenyataannya.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar