Tengku Muhammad Iskandar dilantik sebagai Pengerusi anak syarikat EDOTCO

KUALA LUMPUR: EDOTCO Malaysia telah melantik Tengku Arif Bendahara Pahang, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah sebagai Pengerusi anak syarikatnya Shahzan Alam Muda Sdn. Bhd.

Shahzan Alam Muda merupakan satu-satunya Agensi Setempat (O.S.A) yang bertanggungjawab terhadap semua pembangunan infrastruktur telekomunikasi di negeri Pahang.

Berikutan pengambilalihan EDOTCO Malaysia ke atas Touch Mindscape Sdn. Bhd. daripada Touch Group Holdings pada Disember 2021, EDOTCO kini memegang 80% pegangan pemilikan dalam Shahzan Alam Muda.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EDOTCO, Adlan Tajudin berkata, dengan peningkatan dalam standard muat turun minimum oleh kerajaan baru-baru ini kepada 7.7mbps daripada 2.5mbps, keperluan mendesak untuk menangani jurang ketersambungan di Pahang semakin ketara.

“Pada masa ini, Pahang ketinggalan pada 65% liputan 5G di kawasan berpenduduk, berbanding purata nasional sebanyak 80.2%,” ujarnya

EDOTCO berkata, Shahzan Alam Muda bersedia untuk merevolusikan operasinya di bawah kepimpinan dinamik Tengku Muhammad Iskandar untuk menjadi penanda aras bagi O.S.A. di seluruh negara, didorong oleh data dan inovasi digital.

Shahzan Alam Muda komited untuk menerajui pelancaran infrastruktur telekomunikasi di Pahang, memastikan akses saksama kepada ketersambungan digital yang boleh dipercayai sambil mengutamakan kemampanan dan infrastruktur hijau.

“Syarikat itu akan menyokong matlamat kemampanan negeri dengan memperkenalkan perancangan permintaan digital untuk mengenal pasti jurang liputan rangkaian menggunakan analisis lanjutan, dengan itu memudahkan peluang perkongsian infrastruktur, menghapuskan menara telekomunikasi yang bertindih dan meningkatkan nilai landskap negeri,” katanya dalam kenyataan media.

Tengku Muhammad Iskandar, 27, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Antarabangsa dari University of Buckingham, United Kingdom dan pernah bertugas di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia pada tahun 2015 dengan memfokuskan kepada ekonomi, perdagangan, integrasi serantau, dasar luar dan kajian keselamatan.

Anakanda Sultan Pahang itu yang dilahirkan pada 3 Ogos 1997 juga berkhidmat sebagai Wakil Kerabat Diraja dengan Majlis Adat Istiadat Negeri Pahang.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar