Mana-mana syarikat penerbangan boleh beroperasi di LTSIP

KOTA BHARU: Kerajaan mengalu-alukan mana-mana syarikat penerbangan untuk memulakan operasi penerbangan antarabangsa di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) dekat Pengkalan Chepa, di sini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, bagaimanapun syarikat penerbangan itu perlu mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) terlebih dahulu.

“Sebenarnya tiada masalah bagi mana-mana syarikat penerbangan memulakan penerbangan antarabangsa dari LTSIP sebagai contoh penerbangan dari Singapura, Thailand atau mana-mana negara di rantau Asia, terpulang kepada syarikat penerbangan terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Operasi Fasa 1 Projek Pembesaran dan Menaik taraf LTSIP, di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Datuk Dr Izani Husin.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Kelantan, bagi menambah 400 meter lagi landasan di LTSIP untuk menjadikan ia sebagai lapangan terbang antarabangsa dan akan meminta Menteri Pengangkutan untuk menyegerakan pembinaan LTSIP yang sedang dilakukan ketika ini.

Pengoperasian terminal LTSIP fasa satu pada 1 Mei lepas mampu menampung 1.5 juta penumpang, manakala pembinaan fasa dua akan dilaksanakan serta-merta dan dijangka dapat menampung sehingga empat juta penumpang.

Loke memberi jaminan pembinaan Fasa 2 LTSIP tidak menjadi masalah dan mampu disiapkan mengikut jadual yang dijangka siap sepenuhnya pada Januari tahun depan. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar