Saham Farm Price bermula cemerlang di Pasaran ACE Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Farm Price Holdings Bhd (Farm Price) membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia dengan memberangsangkan apabila sahamnya mencatatkan premium 100% pada 48 sen, berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) 24 sen sesaham.

Pada loceng pembukaan, kaunter saham itu menyaksikan 7.67 juta saham bertukar tangan.

Kumpulan itu berjaya mengumpul sejumlah RM24.5 juta daripada IPO.

Daripada jumlah itu RM6.40 juta (26.14%) akan digunakan untuk pembinaan kemudahan operasi tambahan dan berkaitan di pusat pengedaran Senai manakala RM2 juta (8.17%) diperuntukkan untuk pembelian mesin, peralatan dan logistik serta pengangkutan.

Sejumlah RM1.6 juta (6.54%) diperuntukkan untuk pusat pengagihan dan perolehan wilayah manakala RM10.58 juta (43.22%) dikhaskan untuk modal kerja, dengan baki RM3.9 juta (15.93%) untuk menampung perbelanjaan penyenaraian.

Pengarah Urusan Farm Price, Dr Tiong Lee Chian, berkata penyenaraian syarikat itu akan membolehkannya memberikan tumpuan kepada pembangunan pasaran di Singapura dengan mewujudkan pangkalan pemasaran dan jualan.

“Jumlah hasil syarikat sebelum ini kira-kira 25% dan kini untuk suku pertama 2024 meningkat kepada 28% di mana kami menjangkakan lebih banyak jualan di Singapura kerana menerima banyak permintaan yang sebenarnya datang dari negara itu.

“Jadi, kami akan memberi tumpuan untuk menambah lebih ramai kakitangan pemasaran dan jualan bagi mengembangkan perniagaan di Singapura dan mengharapkan margin akan lebih baik,” katanya pada sidang media selepas majlis penyenaraian syarikat itu di Bursa Malaysia, hari ini.

Lee Chian berkata, pasaran Singapura telah menyumbang satu perempat daripada jumlah keseluruhan kumpulan dengan margin keuntungan yang lebih tinggi, meletakkannya sebagai strategik fokus untuk pengembangan masa hadapan.

“Syarikat mengiktiraf potensi pertumbuhan yang ketara dalam industri sayur-sayuran segar, di mana bahagian pasaran kami kekal di bawah satu peratus di Malaysia dan Singapura.

“Kami bersyukur di atas keyakinan yang ditunjukkan oleh pasaran, ketika kami memulakan usaha baharu ini dalam pertumbuhan sebagai syarikat yang tersenarai,” katanya.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar