Mokhzani letak jawatan Pengerusi Maxis, Hamidah dilantik Pengerusi sementara

KUALA LUMPUR: Maxis Bhd mengumumkan perletakan jawatan Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir berkuat kuasa 30 Jun 2024.

Maxis dalam makluman kepada Bursa Malaysia, berkata Mokhzani, 63, berkhidmat sebagai pengarah sejak penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada 2009 dan sebagai pengerusi lembaga pengarah sejak 22 April 2021.

Syarikat telekomunikasi itu berkata lembaga pengarah kini sedang menilai calon-calon berpotensi dan menjangkakan untuk menyelesaikan proses tersebut dan membuat pengumuman mengenai pengerusi baharu pada masa yang sesuai.

Susulan perletakan jawatan itu, Pengarah Bebas, Datuk Hamidah Naziadin dilantik sebagai pengerusi sementara berkuat kuasa 1 Julai 2024.

Hamidah, 60, yang dilantik sebagai Pengarah Maxis pada 2014, merupakan pemimpin bidang sumber manusia yang berpengalaman dan disegani dalam dunia korporat Malaysia.

“Beliau kini berkhidmat sebagai pengerusi jawatankuasa pencalonan dan imbuhan serta ahli jawatankuasa audit dan risiko,” kata syarikat berkenaan.

Sementara itu, Mokhzani melahirkan penghargaan kerana berkhidmat dalam Lembaga Pengarah Maxis dan sebagai pengerusi sejak beberapa tahun lalu.

“Sepanjang perkhidmatan saya, Maxis perlu menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi dan transformasi ekonomi yang pesat.

“Walaupun berdepan banyak cabaran, kami terus tekun melayani keperluan pelanggan kami dan semua pihak berkepentingan yang semakin berkembang dalam dunia yang semakin terhubung,” katanya.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar