Ibraco dalam kedudukan baik raih pelbagai projek infrastruktur di Sarawak – TA Securities

KUALA LUMPUR: Ibraco Berhad berada dalam kedudukan yang cukup baik ketika Kerajaan Sarawak membelanjakan jumlah yang banyak bagi infrastruktur untuk menjadi sebuah negeri maju pada tahun 2030.

Menurut TA Securities, syarikat pembinaan yang berpengakalan di Sarawak itu mempunyai rekod prestasi kukuh dalam pelbagai projek infrastruktur sebelum ini.

“Potensi bagi projek-projek baru di Sarawak adalah banyak untuk tahun-tahun akan datang.

“Mengambil kira keupayaan Ibraco, kami mengharapkan kumpulan ini akan menyertai tender untuk kerja-kerja memperluaskan lapangan terbang di Sibu, Miri, dan Kuching di samping sebuah lapangan terbang baru yang dicadangkan di Lawas.

“Selain itu, terdapat projek bekalan air, Sistem Pengangkutan Urban Kuching (KUTS) Green Line sejauh 30 kilometer yang menghubungkan Pending dan Damai dan kilang pengeluaran hidrogen hijau dan kemudahan sokongan,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Sementara itu, menurut firma penyelidikan itu, pesanan semasa Ibraco yang berjumlah RM1.2 bilion memastikan prospek pendapatan yang positif untuk bahagian pembinaannya sehingga tahun kewangan 2026 (FY26).

“Walaupun pesanan ini besar, Ibraco tetap komited kepada strategi penawaran aktif, mengejar pelbagai projek sektor awam dan swasta, dengan buku tender bernilai RM500 juta,” jelasnya.

Kata TA Securities, Ibraco tetap optimis untuk mencapai sasaran jualan FY24 sebanyak RM400 juta walaupun penjualan hartanah baru pada 1Q menurun sebanyak 54% YoY dan 32% QoQ kepada RM37.0 juta

“Ini terutamanya, Residensi NewUrban (GDV: RM529 juta), sebuah apartmen perkhidmatan yang berpatutan di Petaling Jaya yang dilancarkan pada Mac 2024, dijangka memberikan sumbangan positif kerana lokasinya yang strategik dan kemudahan sekitarnya.

“Kami juga teruja tentang pelancaran Arden City di Kota Samarahan, sebuah pusat pendidikan dan perubatan yang sedang berkembang dengan sokongan kerajaan Sarawak,” ujarnya.

Dalam pada itu, kata TA Securities, melangkah ke hadapan, pengurusan menjangkakan peningkatan aktiviti projek dalam suku-suku yang akan datang setelah cabaran cuaca dan cuti perayaan diselesaikan. – DagangNews.com

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar