Rapid Rail rekod jumlah sejuta penumpang dalam sehari, tertinggi sejak penubuhan

KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) berjaya mencatatkan rekod penumpang lebih sejuta dalam sehari iaitu pada 29 Mei 2024 (Rabu).

Rapid Rail dalam kenyataan berkata, jumlah itu merupakan yang tertinggi pernah dicapai sejak penubuhannya.

Laluan Kelana Jaya mencatatkan bilangan penumpang sebanyak 287,102, Laluan Ampang/Sri Petaling 224,184, Laluan Monorel 61,236, Laluan Kajang 274,302 dan Laluan Putrajaya 157,767 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,004,591 iaitu peningkatan lebih 35 peratus berbanding tarikh sama pada tahun 2023 (739,818).

Lonjakan ini dipacu dengan beberapa inisiatif yang digerakkan seperti proses penambahan kapasiti tren di Laluan Kelana Jaya dan Laluan Kajang, pembukaan semula perkhidmatan tren di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya bagi Laluan Ampang/Sri Petaling, serta pembukaan beberapa lokasi tarikan baru di sepanjang jajaran rel.

Selain itu, beberapa acara berskala besar yang diadakan di sekitar stesen rel dan musim cuti sekolah turut menyumbang kepada peningkatan jumlah penumpang.

Rapid Rail berkata sasaran membawa sejuta penumpang sehari berjaya dicapai enam bulan lebih awal daripada jangkaan yang ditetapkan.

Kejayaan ini juga merupakan satu perkembangan yang positif selaras dengan visi dan misi syarikat induk Rapid Rail iaitu Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam memajukan mobiliti dan memperkayakan pengalaman pengguna pengangkutan awam.

Antara lain, kejayaan ini menjadi titik pengukur baharu untuk Rapid Rail sentiasa menyediakan perkhidmatan yang lebih baik serta dapat menarik lebih ramai pengguna untuk beralih kepada pengangkutan awam pada masa hadapan.

Rapid Rail mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penumpang di atas sokongan berterusan terhadap perkhidmatan yang disediakan.

Coelho

Related Posts

ZUS Coffee Lebar Sayap ke Thailand, Sasar 50 Cawangan Menjelang 2026

KUALA LUMPUR, 30 Jan — Jenama kopi tempatan yang semakin mendapat tempat di rantau Asia Tenggara, ZUS Coffee, terus memperkukuh strategi pengembangan antarabangsa apabila menyasarkan pembukaan 50 cawangan di Thailand…

Public Bank jalin kerjasama dengan Jati Tinggi pasang panel solar RM14.88 juta

KUALA LUMPUR: Public Bank dan Jati Tinggi Group Berhad (Jati Tinggi) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memasang sistem panel solar fotovoltaik (PV) bernilai RM14.88 juta. Menerusi memorandum itu, Jati Tinggi,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar