Pengerusi Dayang, Datuk Hasmi letak jawatan anggota lembaga Pengarah Perdana Petroleum

KUALA LUMPUR: Perdana Petroleum Berhad mengumumkan peletakan jawatan Datuk Hasmi Hasnan daripada Lembaga Pengarahnya, berkuat kuasa 1 Julai 2024.

Keputusan Hasmi berundur adalah didorong oleh keperluan beliau untuk, antara lain, memberi tumpuan kepada peranannya sebagai Pengerusi Eksekutif dalam Lembaga Pengarah Dayang Enterprise Holdings Berhad, di mana beliau akan menumpukan perhatian kepada inisiatif strategik teras Dayang dalam tempoh peningkatan aktiviti dalam industri minyak dan gas ini.

Dalam kenyataan media, syarikat itu berkata, semasa memegang jawatan sebagai ahli lembaga Perdana Petroleum, Hasmi telah memainkan peranan penting dalam membimbing syarikat melalui pelbagai inisiatif strategik, menyumbang kepada pertumbuhan dan kejayaannya.

“Kepimpinan dan kepakaran beliau telah menjadi aset yang tidak ternilai kepada Syarikat,” kata kenyataan media Perdana Petroleum hari ini.

“Lembaga Pengarah Perdana Petroleum merakamkan penghargaan atas sumbangan Datuk Hasmi dan berharap bimbingannya yang tidak ternilai akan membawa kedua-dua Dayang dan Perdana Petroleum ke tahap yang lebih tinggi.

“Kami berterima kasih atas dedikasi dan khidmat Datuk Hasmi kepada Perdana Petroleum. Wawasan dan kepimpinan beliau telah memainkan peranan penting dalam pencapaian kami, dan kami menyokong penuh keputusannya untuk memberi tumpuan kepada tanggungjawabnya di Dayang,” kata Jamalludin Obeng, Pengarah Urusan Perdana Petroleum.

Pada 10 Jun lalu, Dayang mengumumkan peletakan jawatan Jamalludin Obeng sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas.

Jamalludin, yang telah menerajui Perdana Petroleum sejak 1 Oktober 2021, berjaya memulihkan semula syarikat selepas menderita tujuh tahun kerugian.

Pada tahun 2022, Syarikat mencapai hasil sebanyak RM196.6 juta dan keuntungan bersih RM11.4 juta. Hasil untuk 2023 meningkat kepada RM313.9 juta, dengan keuntungan bersih meningkat empat kali ganda kepada RM44.5 juta.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar