Minetech dapat kontrak naik taraf jalan projek M Nova milik Mah Sing bernilai RM16.1 juta

KUALA LUMPUR: Minetech Resources Bhd menerusi anak syarikatnya, Minetech Construction Sdn Bhd (MCSB) menerima RM16.1 juta daripada MyVilla Development Sdn Bhd, anak syarikat Mah Sing Group Bhd untuk kontrak menaik taraf dan membina jalan luar serta saliran projek M Nova di Kuala Lumpur.

Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata pojek M Nova membabitkan pembangunan 2,080 unit pangsapuri merentasi tiga blok di Jalan Lingkaran Tengah II, Mukim Batu, Kuala Lumpur.

Katanya, projek ini akan dilaksanakan dalam dua fasa, di mana Fasa 1 terdiri daripada Menara A & B dengan 624 unit pangsapuri setiap satu, manakala Fasa 2 terdiri daripada Menara C, dengan jumlah keseluruhan 832 unit pangsapuri.

Pengerusi Eksekutif Minetech, Abang Abdillah Izzarim, berkata projek ini bukan sahaja mengukuhkan perkongsian syarikat itu dengan Mah Sing Group tetapi juga menekankan keupayaannya dalam menyampaikan perkhidmatan pembinaan berkualiti tinggi.

“Kami berbesar hati kerana telah dianugerahkan kontrak penting ini daripada MyVilla Development.

“Kami komited untuk melaksanakan projek ini dengan cekap dan pada standard tertinggi, menyumbang secara positif kepada prestasi kewangan dan mengukuhkan kedudukan kami dalam industri,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada pukul 5 petang semalam, harga saham Minetech ditutup pada 15 sen, dengan modal pasaran RM267.7 juta.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar