BNM dijangka kekalkan OPR pada 3% pada 11 Julai ini – Standard Chartered

KUALA LUMPUR: Standard Chartered Research mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) tidak berubah pada 3% dalam mesyuarat dasar monetarinya yang akan datang pada 11 Julai.

Bagaimanapun, menurut firma penyelidikan itu, pihaknya akan memantau sebarang perubahan terhadap prospek inflasi BNM berikutan rasionalisasi subsidi diesel yang dilaksanakan pada 10 Jun.

“Anggaran awal kami adalah impak sederhana 0.1 mata peratusan (ppt) terhadap inflasi berikutan ciri pemotongan subsidi yang disasarkan.

“Bagaimanapun, kami akan memerhati kesan pusingan kedua, terutama memandangkan mungkin terdapat rasionalisasi subsidi yang seterusnya dalam keadaan pemulihan pertumbuhan Malaysia,” katanya dalam nota penyelidikan global.

Standard Chartered Research, berkata ia juga akan memantau perubahan dari segi penilaian BNM terhadap ringgit selepas bank pusat itu menerusi nota pada Mei berkata “ringgit pada masa ini tidak mencerminkan asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia.”

Pada 9.05 pagi, ringgit tidak berubah pada 4.7070/7130 berbanding dolar Amerika Syarikat daripada 4.7065/7110 semasa ditutup pada Jumaat.

Coelho

Related Posts

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar