Berang diugut mahu dedahkan hubungan sulit kepada isteri disyaki punca Nur Farah Kartini dibunuh

  • Kes
  • July 16, 2024

KUALA LUMPUR: Berang kerana diugut untuk mendedahkan hubungan sulit mereka kepada isteri suspek didakwa menjadi punca mangsa, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dibunuh.

Menurut sumber, konflik percintaan antara suspek dan Farah Kartini berlarutan selepas mangsa mendesak suspek supaya berkahwin dengannya.

“Mangsa dipercayai mengugut suspek akan membocorkan hubungan antara mereka kepada isteri suspek.

“Suspek yang sudah berkahwin itu berang dengan ugutan berkenaan. Mangsa kemudian dicekik sebelum dilemaskan dalam parit berhampiran mayat ditemui,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek yang juga anggota polis adalah teman lelaki kepada mangsa.

“Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam.

“Bagaimanapun, motif pembunuhan masih dalam siasatan,” katanya.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada tiga pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM2.8 juta selepas pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat…

  • Kes
  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, bagi membantu siasatan berhubung projek Lebuh Raya Putrajaya–KLIA (MEX 2). Dalam kenyataan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar