Datasonic isytihar dividen 3 sen bagi FY24, berjumlah RM84 juta kepada pemegang saham

KUALA LUMPUR: Datasonic Group Bhd mengisytiharkan dan membayar jumlah dividen sebanyak 3 sen sesaham pada tahun kewangan 2024 (FY24), berjumlah RM84 juta, mewakili nisbah pembayaran sebanyak 91% daripada untung bersih kumpulan.

Pengerusi Eksekutif Datasonic, Tengku Datuk Seri Abu Bakar Ahmad Tengku Abdullah berkata, FY24 merupakan tahun yang baik untuk kumpulan itu kerana mereka berjaya mencatatkan hasil tertinggi sepanjang masa berturut-turut dengan prestasi cemerlang dari segi keuntungan.

Pada Jun 2024, kumpulan itu memperoleh kontrak lanjutan bagi pembekalan rumusan pasport Malaysia yang terdiri daripada cip pasport, dokumen pasport dan halaman biodata polikarbonat bernilai RM142.3 juta.

Selain itu, mereka juga memperoleh lanjutan kontrak bagi rumusan MyKad bernilai RM27.8 juta bersama-sama dengan kontrak RM11.6 juta bagi perkhidmatan penyelenggaraan komprehensif pusat pemperibadian kad.

“Kami berbangga kerana diberikan kepercayaan untuk terus menyediakan penghantaran luar biasa dan tepat pada masanya sambil memainkan peranan kami dalam keselamatan negara.

“Lima lanjutan kontrak berjumlah RM181.7 juta ini meningkatkan buku pesanan kami dan memberikan keterlihatan pendapatan yang sihat. Kemenangan ini juga merupakan bukti rekod prestasi dan kepakaran teknikal kami yang mantap,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mengenai pembangunan perniagaan, kumpulan itu sedang giat mencari program dan inisiatif baharu di dalam Malaysia dan merentasi pasaran antarabangsa selaras dengan matlamat strategik untuk mempelbagaikan aliran hasil

Katanya, pada Mei 2024, pihaknya memperoleh projek e-pasport luar negara pertama Afrika Barat. Penghantaran e-pasport dijadualkan bermula pada separuh kedua tahun ini, menyumbang kepada pendapatan kumpulan pada tahun kewangan baharu (FY25).

“Ia sudah tentu akan meningkatkan asas pendapatan dan membuka lebih banyak peluang untuk menembusi ke negara lain di seluruh dunia.

“Selain itu, kami juga melihat peluang dalam transformasi digital serta ruang keselamatan siber yang boleh dimanfaatkan dan secara keseluruhannya, kami kekal yakin dengan prospek dan berharap untuk meningkatkan pencapaian baharu bagi kumpulan,” katanya. – DagangNews

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar