CEO Encorp Digantung Tugas Serta Merta Susulan Dakwaan Membabitkan SPRM

KUALA LUMPUR: Encorp Bhd entiti yang 67.13% dimiliki oleh Felda Investment Corp Sdn Bhd (FIC) menggantung perkhidmatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO), Hazurin Harun berkuatkuasa serta-merta.

Kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, berkata tindakan itu untuk memudahkan proses siasatan dalaman berkaitan dengan tuduhan yang melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang menyebabkan kuasa, autoriti dan fungsi yang diberikan kepadanya sebagai GCEO digantung, sehingga pengumuman lanjut oleh lembaga.

Encorp menyatakan bahawa syarikat akan meneruskan operasi seperti biasa dalam tempoh penggantungan.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (GCFO), Kamarul Azman Bin Kamarozaman@Amir, akan dilantik sebagai Pegawai bertanggungjawab, yang akan memikul tugas dan fungsi GCEO untuk sementara waktu.

Sabtu lalu, SPRM mengesahkan penahanan tiga individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan kerana disyaki penyelewengan RM1.5 juta dana milik syarikat tersenarai awam.

Dua suspek iaitu seorang lelaki dan seorang wanita berusia antara 40 hingga 50 tahun direman empat hari sehingga 12 Ogos ini.

Mereka disiasat kerana penyelewengan dalam projek pembinaan dan perlombongan bernilai kira-kira RM80 juta.

Penemuan awal mendakwa penglibatan mereka dalam menubuhkan sebuah syarikat tanpa kebenaran untuk projek RM258 juta dan menggelapkan kira-kira RM3 juta dalam dana sewa hartanah.

Saham dalam Encorp turun 0.5 sen pada 26 sen, memberikan syarikat itu permodalan pasaran RM80.75 juta.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar